Link Copiedcheck_circle
EV

GWM Ora 07 Performance Telah Mendarat, Penghantaran Mula Bulan Ini

Sofea Najmi

Kongsi melalui

GWM-07-P-(1).jpg


Sedan retro-futuristik, Ora 07 varian berprestasi, Performance telah tiba di Malaysia. 


GWM Malaysia mengumumkan pada awal hari ini bahawa stok varian Performance bagi sedan Ora 07 kini telah mendarat di Malaysia. Varian ini dilancarkan bersama-sama dengan varian yang menjanjikan jarak EV yang jauh, Long Range pada bulan April lalu. 


Seperti yang pernah kami kongsikan dalam artikel pelancaran sebelum ini, Ora 07 Performance menggunakan dua motor yang mengerakkan kesemua roda (AWD) pada output 402 hp dan 680 Nm. Ini membolehkannya bergerak sepantas 4.3 saat daripada 0-100 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi yang dihadkan pada 180 km/j. 


Baca: Sedan Elektrik, GWM Ora 07 Kini Di Malaysia – Cecah 640 KM, Dari RM169,800


GWM-07-P-(8).jpgGWM-07-P-(7).jpg


Kuasa dibekalkan oleh bateri LFP berkapasiti 83.5 kWj yang sama ditawarkan pada varian Long Range, menawarkan jarak sehingga 550 KM (NEDC). Bateri boleh dicas dengan pengecas AC 11 kW dan DC 88 kW. 


Berdasarkan senarai cukai jalan kenderaan elektrik (EV) yang diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) baru-baru ini, varian Ora 07 Performance hanya akan menelan kos sebanyak RM545 setahun bermula Januari 2025. Ini jauh berbeza dengan jumlah awal sebanyak RM5,075 berdasarkan struktur sebelumnya.


Baca: Ada Berita Baik Bagi Yang Nak Beli EV Sebab Cukai Jalan EV Murah


GWM-07-P-(3).jpg


Dari segi visual, Ora 07 Performance tidak jauh berbeza daripada varian Long Range, tetapi ia diberikan rim yang lebih besar dan menarik, berukuran 19 inci. 


Caricarz-GWM-Ora-07-MediaPreview-13.JPGCaricarz-GWM-Ora-07-MediaPreview-16.JPGCaricarz-GWM-Ora-07-MediaPreview-22.JPGCaricarz-GWM-Ora-07-MediaPreview-26.JPGCaricarz-GWM-Ora-07-MediaPreview-15.JPGCaricarz-GWM-Ora-07-MediaPreview-18.JPG


Kabin Ora 07


Tampil unik dengan badan fastback yang berkonsep retro-futuristik, Ora 07 menyerlah berbanding pesaingnya seperti BYD Seal dan Tesla Model 3.


WhatsApp-Image-2024-04-03-at-16.58.22_2a17ea87.jpgWhatsApp-Image-2024-04-03-at-17.00.32_5c8241e4.jpg


Maklumat harga kereta dan jaminan yang dipaparkan semasa majlis pelancaran Ora 07 di Malaysia. 


Harga jualan Ora 07 Performance ialah RM189,900, lebih tinggi berbanding Long  Range yang dijual pada harga RM169,800. Pembelian adalah termasuk jaminan standard kenderaan selama enam tahun atau 150,000 km, jaminan komponen EV selama lapan tahun atau 180,000 km dan jaminan bebas karat selama 12 tahun untuk badan kereta. Semasa tempoh jaminan komponen EV yang ditetapkan, GWM Malaysia akan menawarkan pertukaran bateri percuma secara 1-to-1 jika kesihatan bateri anda jatuh di bawah 70%.



Tag:

GWM Ora 07
GWM Ora 07 Performance
GWM Ora 07 Long Range
Ora 07 Malaysia
GWM Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

GWM Malaysia Tawar Hadiah Hingga RM200K, Potongan Harga RM25K & Banyak Lagi!

Jangan lepaskan peluang ini! Great Wall Motor (GWM) Malaysia kini meraikan ulang tahun keduanya dengan pelbagai tawaran istimewa, baucar dan hadiah cabutan bertuah.

21-11-2024
Kereta Baru

Sedan Elektrik, GWM Ora 07 Kini Di Malaysia – Cecah 640 KM, Dari RM169,800

GWM Malaysia sebentar tadi telah melancarkan sedan elektrik, Ora 07. Ini spesifikasinya...

03-04-2024
Kereta Baru

GWM Ora 07 Diperkenalkan Di Malaysia – Capai 640KM!

GWM Malaysia sebentar tadi telah mempertontonkan sedan elektrik, Ora 07. Ini spesifikasinya...

04-03-2024
Kereta Baru

Tempahan GWM Ora 07 Kini Dibuka – Faedah Tambahan Untuk Tempahan Terawal!

Tempahan sedan Ora 07 yang bakal dilancarkan dalam masa beberapa hari sahaja lagi, telah dibuka.

01-03-2024
Berita Auto

GWM Ora 07 & Tank 300 Sudah Mendarat Di Malaysia – Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi?

EV Ora 07 dan SUV Tank 300 telah mendarat di Malaysia. Apa yang boleh kita jangkakan?

15-02-2024
EV

GWM Bakal Perkenal Sedan EV, Ora 07, di Malaysia Tahun 2024, Ini Yang Dijangkakan...

Ini segalanya yang anda boleh jangkakan daripada model elektrik yang akan diperkenalkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi, Ora 07.

11-01-2024
Global

GWM ORA 07 Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Tak Lama Lagi?

Syarikat automotif China, GWM, telah melancarkan EV terbarunya untuk pasaran Thailand. Apa yang menarik?

01-12-2023
Kereta Baru

RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.

21-05-2026

Berita Terkini

EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026