Link Copiedcheck_circle
EV

Hyundai Inster, Model EV Paling Mampu Milik? Maaf Tak Masuk M'sia

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas beberapa imej model teaser ini didedahkan pada  bulan ini, Hyundai akhirnya telah melancarkan model EV terbaharunya, yang dikenali sebagai Inster. 

Inster merupakan  model EV paling mampu milik Hyundai setakat ini.

Selain mempunyai nama sama dengan versi petrol, Inster EV baharu juga berkongsi beberapa rekaan yang sama dengan Casper, walaupun ia  menampilkan gaya yang lebih lasak.

image.pngimage.png

Menjengah bahagian hadapannya, ia didatangka dengan lampu depan LED jenis bulat selain didatangkan dengan rim roda bersaiz  15 atau 17 inci,.

Selain itu, bampar hadapan dan belakangnya kelihatan agak lasak dimana ada lapisan badan jenis plastik, serta terdapat juga rel bumbung.

Namun gaya badan crossover yang lasak juga menjadikan Inster EV ini lebih besar sedikit daripada Casper.

image.png

Dari segi dimensi, ia memiliki panjang 3,825 mm, selebar, 1,610 mm  setinggi 1,575 mm dan  jarak roda pula sepanjang 2,580 mm.

Walaupun Inster berukuran 230 MM lebih panjang daripada kembar petrolnya, crossover EV supermini ini masih jauh lebih kecil berbanding crossover Hyundai EV yang lain seperti Kona dan Ioniq 5 baharu.

Menjengah bahagian dalamannya pula, ia hadir dengan paparan digital 10.25-inci berkembar, pad pengecasan wayarles, sistem lampu ambien LED 64 warna, tempat duduk hadapan jenis  berventilasi, selain ada juga bumbung panoramik.

image.pngimage.png

Dikhabarkan,  semua tempat duduk Inster EV boleh dilipat rata, manakala tempat duduk kedua boleh dilipat. 

Saiz but Inster adalah  280 liter namun jika kerusi belakang direbahkan, saiznya menjadi sehingga 351 liter.

Buat masa ini, jentera comel ini akan dijual di pasaran Korea Selatan dan akan memasuki beberapa pasaran antarabangsa, termasuk Eropah, Timur Tengah dan Asia Pasifik.

image.png

Biarpun, Hyundai masih belum mendedahkan harganya namun pembuat kereta Korea itu mengatakan bahawa ia akan menjadi model EV yang paling berpatutan. 


Gallery

Tag:

Hyundai Inster
Hyundai Inster EV Supermini
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV

Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah

Lotus Emeya R Catat Rekod Pusingan EV Terpantas di Litar Sepang.

20-07-2026
EV

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV