Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kecoh Lebuhraya SPE Tak Selamat, Menteri Turun Padang, Semuanya OK!

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Kecoh dua hari lepas apabila Lebuhraya Setiawangsa – Pantai (SPE) dikatakan retak dan tidak selamat digunakan.

Namun selepas siasatan, Kementerian Kerja Raya mengesahkan bahawa laluan itu sebenarnya selamat digunakan dan tiada sebarang keretakan seperti mana yang dilaporkan sebelum ini.

"Memang kita puas hati, laporan pakar memang tiada masalah di struktur itu, saya pun dah lihat sendiri, keretakan yang didakwa itu tidak ada dan jalan selamat digunakan,” kata Menteri Kerja Raya,  Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

image.png

Bagaimanapun, alat pengesan keretakan akan segera dipasang pada struktur persimpangan bertingkat di Jalan Cheras bagi memantau sekiranya terdapat sebarang pergerakan.

Pemasangan alat berkenaan adalah satu langkah dalam memastikan struktur tersebut selamat walaupun laporan pakar dan jurutera semalam mengesahkan tiada sebarang masalah mahupun keretakan terhadap struktur berkenaan.

image.png

Untuk makluman, SPE dibuka sepenuhnya pada 3 November lepas mempunyai laluan tiga lorong dua hala dan tujuh persimpangan bertingkat.

SPE dibahagikan kepada empat seksyen utama iaitu Kerinchi merangkumi Salak (Seksyen 1), Salak - Pandan (Seksyen 2), Pandan - Setiawangsa (Seksyen 3) dan Setiawangsa - Taman Melati (Seksyen 4) dengan jarak keseluruhan 20.7 kilometer.


Gallery

Tag:

SPE Highway
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026