- Berita
- EV
- Lepas Ini Senang Nak Cam EV!

Bagi membezakan kenderaan biasa dengan kenderaan elektrik, kerajaan akan memperkenalkan bingkai plat khas bagi kenderaan motor tanpa pelepasan (ZEV) itu.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata plat khas itu akan dikeluarkan oleh syarikat pengeluar dan dipasang terus pada kenderaan berkenaan.

"Kita akan perkenalkan plat khas, bukan nombor (pendaftaran kenderaan) bagi membezakan kenderaan ZEV dan ICE dalam tempoh terdekat.
"Plat itu akan dikeluarkan oleh syarikat kenderaan berkaitan, jadi kita akan bekerjasama dengan mereka, seperti bahan yang akan digunakan dan sebagainya. Saya tidak mahu umumkan hari ini, tunggu nanti," katanya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/