Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Melampau! Guna Budak Baiki Kereta

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Baiki kereta mewah tetapi menggajikan budak 13 tahun!

Itu antara yang dikesan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman ke atas sebuah bengkel kereta mewah di Taman Perindustrian Utama, Puchong kelmarin.

Susulan itu, kesemua remaja berusia 13 hingga 17 tahun itu diselamatkan.

image.png

Difahamkan, remaja bertubuh kecil itu dikerah bekerja selama sembilan jam sehari dengan melakukan kerja pembantu bengkel yang hanya diberikan upah RM45 sehari.

Kata remaja warga Myanmar berusia 13 tahun itu, dia telah bekerja kira-kira setahun.

Dia dikerahkan untuk membaiki pelbagai kereta terutama kerja-kerja baiki body dan kerja-kerja mengecat.

Pemeriksaan mendapati premis baik pulih kenderaan itu telah beroperasi selama hampir 20 tahun.

Menerusi operasi itu, pihak berkuasa telah  menahan 22 warga Myanmar berusia 20 hingga 51 tahun disyaki pekerja premis.

Turut ditahan ialah tiga warga tempatan termasuk seorang wanita merupakan pemilik, pengurus dan akauntan.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026