Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Minyak Tak Turun: Ini Penjelasan Rafizi

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Mengapa minyak tak turun?

Itu antara suara yang kedengaran pada Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan untuk Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap, Nibong Tebal semalam.

Majlis itu dihadiri  Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

image.png

Persoalan itu dilontarkan selepas  pengumuman penetapan harga runcit bahan api diesel pada RM3.35 seliter bermula tengah malam tadi. 

Memetik kenyataan Berita Harian,  Rafizi telah menjemput lelaki itu ke pentas bagi memudahkan beliau memberikan penjelasan secara terus,

Rafizi mengakui  kerajaan tidak pernah membatalkan subsidi bahan api termasuk diesel mencecah RM60 bilion setahun, sebaliknya mengalihkannya dengan memberikannya terus kepada rakyat.

Sebelum ini subsidi terbabit dibayar kepada beberapa syarikat minyak saban tahun, berbeza dengan tindakan kerajaan ketika ini yang terus mengagihkannya termasuk kepada keluarga yang menikmati pembiayaan serendah RM200 hingga RM500 sebulan.

"Zaman minyak dulu yang harga RM1.90 tahu tak berapa harga minyak mentah masa itu? Tahu tak berapa subsidi yang kerajaan kena belanjakan? Sikit saja (ditanggung kerajaan kerana) masa itu subsidi kena belanja RM3 bilion daripada bajet RM200 bilion lebih.

image.png

"Sekarang ini subsidi RM60 bilion dengan harga minyak mentah AS$80 (setong)... saya sebut dulu (turunkan harga minyak) kalau harga minyak mentah rendah dan subsidi itu masih lagi boleh ditangguh kenapa nak hapuskan subsidi.

Menurunya, apabila subsidi menjadi RM80 bilion, banyak perkara tidak dapat dilakukan.

"(Sekarang) bila subsidi sudah jadi RM80 bilion nak buat sekolah tak boleh, nak naik gaji tak boleh dan subsidi menyebabkan harga (minyak) yang rendah itu yang dapatnya orang kaya-kaya, bukankah lebih baik kita alihkan subsidi itu, bukanlah kita batalkan.

"(Kita) alih subsidi maksudnya subsidi terus diberi. Diesel kenderaan awam, lori kecil, pikap, peniaga semua dapat, malah orang biasa gaji RM100,000 ke bawah setahun pun dapat atau kita agihkan kepada keluarga biar dapat subsidi minyak tiap-tiap bulan RM200, RM300, RM400 (atau) RM500," katanya.

Gallery

Tag:

PRU
minyak naik
Rafizi Ramli
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

MOF, PLUS Bincang Penambahan Lorong Lebuh Raya Di Johor

Kementerian Kewangan (MOF) akan mengadakan perbincangan dengan PLUS Malaysia Bhd. (PLUS) berkenaan permohonan kerajaan Johor untuk menambahkan lorong di Lebuhraya Utara-Selatan negeri ini.

07-02-2023
Berita Auto

Tak Kemas Kini Data PADU, Tak Dapat Subsidi

Tiada tindakan akan dikenakan kepada mereka yang tidak mengemas kini maklumat di PADU.

30-12-2023
Berita Auto

Subsidi Bersasar RON95 Mula Tahun Depan

Program subsidi bersasar bagi RON95 akan mula dilaksanakan pada separuh kedua tahun 2024.

28-11-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Satu ASEAN 'Bergegar' Harga Minyak Naik, Malaysia Masih Antara Negara Kedua Terendah

Malaysia kekal 'Syurga' petrol ASEAN: Di saat jiran bergelut dengan harga keras.

03-04-2026
Berita Auto

RON95 Terendah Di Dunia

Harga minyak RON95 di negara ini masih antara yang terendah di dunia.

03-04-2026
Berita Auto

Bagaimana BDR 50% di Lembah Klang Boleh Jimatkan RM169 Juta Sebulan?

Penyelesaian Krisis Minyak Global: Mandat BDR 50% di Lembah Klang mampu jimatkan subsidi RM169 juta sebulan.

03-04-2026
Berita Auto

Leapmotor Terajui Takhta! Sahkan Kedudukan No. 1 Syarikat Pemula NEV

Leapmotor mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju syarikat pemula NEV No.1 dengan pencapaian mantap.

03-04-2026
Berita Auto

Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman

Proton terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan suku pertama tertinggi dalam tempoh 22 tahun,

03-04-2026
Berita Auto

Tiga Nyawa Tak Berdosa Jadi Mangsa Pemandu Lalok

Keadilan buat mangsa: Pemandu treler positif dadah direman pagi Ini.

03-04-2026
Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026