Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Operasi Aidiladha: Rekod 14,417 Kesalahan Jalan Raya Di Selangor, Isu Teknikal Paling Tinggi

Sofea Najmi

Kongsi melalui

JPJ-Saman-16k-(T).jpeg


JPJ mengesan 14,417 kesalahan jalan raya dalam Ops Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2024 yang dilaksanakan di Selangor baru-baru ini. (Gambar hiasan)


Pihak berkuasa mengesan sejumlah  14,417 kesalahan jalan raya ke atas 13,417 kenderaan sepanjang  Ops Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2024 yang dilaksanakan di Selangor baru-baru ini. 


Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Datuk Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata, pihaknya telah membuat pemeriksaan ke atas 57,491 kenderaan dari 10 hingga 19 Jun lalu.


Beliau mendedahkan bahawa daripada 14,417 notis dikeluarkan, notis saman mencatatkan jumlah tertinggi dengan 11,118 kes, diikuti notis larangan penggunaan kenderaan (1,338 kes), notis arah periksa kenderaan (1,407 kes), dan notis sita kenderaan (544 kes).


Kesalahan Utama Yang Direkodkan


KUTIPAN-JPJ-2022.png


Isu teknikal adalah kesalahan paling tinggi. (Gambar hiasan)


Kesalahan paling banyak dicatatkan adalah isu teknikal (4,697 kes), tiada lesen memandu kompeten (CDL) (3,022 kes), lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh (2,320 kes), tiada perlindungan insurans (1,893 kes) dan pelbagai lagi kesalahan lain.


Pelaksanaan operasi termasuk sekatan jalan raya, kaedah penyamaran menggunakan kenderaan tanpa logo, serta penyamaran sebagai penumpang bas.


“Sembilan kesalahan utama ditekankan pada operasi kali ini iaitu tidak patuh had laju, tidak patuh isyarat lampu merah, memotong di garisan kembar, memandu di lorong kecemasan, memotong barisan, menggunakan telefon bimbit, tidak pakai tali pinggang atau topi keledar, memandu kenderaan berat di lorong laju serta lebih muatan,” ujarnya.


Menurut Ahmad Kamarunzaman, operasi bertujuan memastikan penguatkuasaan berimpak tinggi bagi meminimumkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya. 


Sumber: MalaysiaGazette


Tag:

Saman JPJ
Saman Aidiladha
Isu Teknikal
HRAA 2024
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Pemandu Kereta Mewah Ramai Salah Guna Lorong Kecemasan

"Bosan hadap jem" dan "mahu cepat sampai" menjadi alasan kebanyakan pemandu yang degil menyalahgunakan lorong kecemasan di lebuh raya.

05-01-2026
Berita Auto

Tinggal 2 Hari Lagi Diskaun Saman 50%, Tak Bayar? Disenarai Hitam

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan peringatan terakhir kepada pemilik kenderaan agar segera melunaskan saman tertunggak melalui Program Rancakkan MADANI dengan diskaun sebanyak 50% yang bakal tamat 30 Disember ini.

28-12-2025
Berita Auto

Dasar Saman Baharu 2026 Dipuji Pakar Sebagai 'Game Changer'

Dalam masa beberapa minggu sahaja lagi, Malaysia akan mula melaksanakan sistem pembayaran saman trafik baharu berprinsip “Lebih Cepat Anda Bayar, Lebih Sedikit Anda Perlu Bayar".

10-12-2025
Berita Auto

Takut Disita, Pemilik Kenderaan Singapura Bayar Saman Serta-Merta, JPJ Dapat RM1.17 Juta

Sejumlah 3,910 saman telah dikeluarkan terhadap kenderaan dengan nombor pendaftaran Singapura yang didapati gagal melengkapkan dan mengaktifkan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

22-10-2025
Berita Auto

Tidak Serik Sewakan Kenderaan Kepada Warga Asing Walau Pernah Dikompaun

Walaupun sudah dikompaun beberapa kali, pemilik kenderaan masih tidak serik sewakan kenderaan kepada warga asing yang tiada lesen memandu sah!

31-07-2024
Berita Auto

Warga Asing Makin Berani Pandu Secara Haram! Lebih 70 Saman Dalam 3 Jam

Antara kesalahan tertinggi yang dikesan ialah tiada lesen memandu. Apa lagi? Jom baca.

22-07-2024
Berita Auto

Tak Ada Lesen Sebab Masalah Kewangan, Alasan Ramai Penunggang Motor

Masalah kewangan jadi punca tiada lesen memandu sah, itulah alasan yang digunakan oleh sebahagian besar penunggang motosikal.

28-06-2024
Berita Auto

Lebih 16,000 Kereta Laju Bakal Disaman, Kamera AWAS Sentiasa Perhati

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengesan 16,142 kes pelanggaran had laju menerusi kamera.

07-04-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Projek LPT4: Kerajaan Salur RM25 Juta

Sebanyak RM25 juta diluluskan bagi kerja-kerja awal projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 4 (LPT4) .

10-01-2026
Berita Auto

Berani Betul, Lagi Stesen Minyak Jual RON95 Kepada Warga Asing, Kali Ini Di Kedah

(KPDN) Kedah mengesahkan berlaku aktiviti pengisian petrol RON95 ke dalam tangki kenderaan berpendaftaran asing di sebuah stesen minyak di Sungai Petani .

10-01-2026
Berita Auto

Jangan Terkejut, PLUS Mula Guna Sistem Tol Tanpa Palang, Bermula Di Kedah!

Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan di Kedah jangan terkejut melihat sistem tol tanpa palang di beberapa tol kerana PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sedang menguji sistem itu untuk kenderaan persendirian di jajaran Hutan Kampung–Sungai Dua.

10-01-2026
Berita Auto

Wajah Baharu BHPetromart & eNak: Bukan Sekadar Stesen Minyak Biasa!

Kalau anda selalu lalu di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), ada berita baik! BHPetrol baru sahaja mendedahkan identiti baharu bagi BHPetromart dan eNak yang tampil lebih moden dan segar yang mesra pelanggan.

10-01-2026
Berita Auto

Fasiliti Pembaikan Badan Dan Cat Proton Terbakar, Ini Kata Proton!

PROTON menyatakan kebakaran yang berlaku di sebuah fasiliti Body & Paint (B&P) di Sungai Buloh Selangor masih dalam siasatan.

09-01-2026
Berita Auto

Tak Sia-Sia Beli Kereta Chery Sehingga Feb Ini, Sebab Ada Rebat Sehingga RM16,888

Promosi Tahun Baru Tawaran Properity ini akan berakhir pada 28 Februari 2026.

09-01-2026
Berita Auto

Pemandu Teksi, Pengusaha Bas Sekolah Penang Dapat Insentif RM600

Kerajaan Pulau Pinang meneruskan insentif bantuan sebanyak RM600 kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah di negeri ini yang akan disalur bermula Mac depan.

09-01-2026
Berita Auto

Bilik Pameran Eksklusif Pertama Leapmotor Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil

Syarikat pengedar automotif terkemuka, Cycle & Carriage (C&C), telah melancarkan pembukaan cawangan bilik pameran pertama jenama kenderaan elektrik (EV), Leapmotor, di pusat beli-belah terkemuka, Pavilion Bukit Jalil.

09-01-2026