- Berita
- Berita Auto
- Pusat 3S Nissan Berkonsep NRC-Next Kini Di Muar, Johor – Luas, Selesa, Profesional
Pusat 3S Nissan Berkonsep NRC-Next Kini Di Muar, Johor – Luas, Selesa, Profesional

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) secara rasmi mengumumkan pembukaan Pusat 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti) baharu Nissan yang menggunakan konsep runcit terkini, Nissan Retail Concept (NRC-NEXT) di Muar, Johor.
Pusat 3S yang berkeluasan lebih daripada 8,000 kaki persegi ini diuruskan sepenuhnya oleh rakan pengedar, NM Supreme Sdn. Bhd.
Nissan Retail Concept (NRC-NEXT)

Konsep NRC-NEXT ini diperkenalkan dengan tujuan untuk memperbaharui pusat-pusat pengedaran Nissan agar mencapai standard perkhidmatan bertaraf dunia, menjanjikan pengalaman yang lebih baik dan memberi kepuasan kepada pelanggan. Melalui konsep ini, pelbagai kemudahan disediakan di dalam satu fasiliti.
Lokasi dan Fasiliti

Terletak di Jalan Meriam, Pusat 3S NM Supreme Nissan tampil menyerlah dengan logo Nissan dalam warna merah yang ikonik.
Melangkah masuk ke dalam Pusat 3S ini, pelanggan akan disajikan dengan ruang pameran yang luas, memuatkan sehingga enam kenderaan. Pasukan penasihat jualan yang berpengetahuan sentiasa bersedia untuk membantu.
Ketua Pegawai Eksekutif Edaran Tan Chong Motor, Khoo Cheng Pah, mengucapkan tahniah kepada NM Supreme atas usaha mereka mendirikan Pusat 3S ini. Beliau menekankan pentingnya mematuhi NRC untuk memastikan pelanggan menerima perkhidmatan bertaraf dunia.
“Inisiatif untuk menginovasikan pengedar Nissan dengan mematuhi konsep NRC adalah untuk memastikan pelanggan kami dapat menerima perkhidmatan bertaraf dunia di kemudahan terkemuka yang selaras dengan pengalaman jenama Nissan global,” katanya.
Kemudahan Lain

Pusat 3S NM Supreme Nissan dilengkapi dengan ruang rehat pelanggan yang selesa, akses Internet WIFI berkelajuan tinggi dan hidangan F&B percuma. Pelanggan juga boleh mendapatkan sesi pandu uji model Nissan terkini di sini.
Pusat pameran yang baru dilaburkan dengan kos berjumlah RM2 juta ini turut memiliki ruang khas untuk pelanggan mengambil kenderaan baharu.

Untuk perkhidmatan selepas jualan, pusat ini dilengkapi dengan empat ruang servis yang boleh menampung sehingga 16 kenderaan sehari, dengan kapasiti 352 kereta sebulan. Pusat servis yang berkeluasan lebih 4,000 kaki persegi ini menempatkan sepasukan pekerja profesional yang berkemahiran tinggi dan terlatih.
Berikut adalah maklumat ringkas mengenai Pusat 3S NM Supreme Nissan di Muar, Johor:

Alamat: No. 106, Jalan Meriam, 84000 Muar, Johor
Waktu operasi bilik pameran: Isnin-Sabtu (9.00 am-6.00pm) | Ahad (10.00 am-5.00 pm) | Cuti Umum (Tutup)
Waktu operasi pusat servis: Isnin-Jumaat (8.30 am-5.30 pm) | Sabtu (8.30 am-1.00 pm) | Ahad & Cuti Umum (Tutup)
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi 06-952 3118 (Jualan) atau 06-954 1414 (Servis). Anda juga boleh menghantarkan emel kepada nissanenquiry@supremegroup.com.my.

Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv