Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tahniah Proton

Suhana Veru

Kongsi melalui

Winners-of-ASEAN-NCAP-Grand-Prix-2024.jpg

Pengeluar kereta Nasional PROTON merupakan jenama Malaysia yang pertama menerima Anugerah Kecemerlangan di Grand Prix ASEAN NCAP 2024 yang diadakan di King Mongkut’s University of Technology North Bangkok (KMUTNB), Bangkok, Thailand baru-baru ini. 

PROTON-won-the-Excellence-Award---Industry-at-the-ASEAN-NCAP-Grand-Prix-Awards-2024.JPG

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON, Roslan Abdullah berkata, PROTON adalah jenama Malaysia pertama yang menerima anugerah tersebut selain mempunyai sejarah mengutamakan keselamatan dalam semua modelnya.

Roslan-Abdullah,-Deputy-CEO-of-PROTON.JPG

“”Ini terbukti oleh pelbagai anugerah yang diterima selama ini. Pengiktirafan tahun ini menyerlahkan teknologi keselamatan inovatif kami dan langkah penting yang telah dilaksanakan untuk memastikan kesejahteraan pelanggan. 

Kami mengucapkan terima kasih kepada ASEAN NCAP atas penghargaan ini serta membantu membangunkan teknologi keselamatan dalam industri automotif,”katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, beliau mengakui rangkaian model pintar Proton dilengkapi dengan pelbagai  teknologi keselamatan pasif dan aktif, terutamanya model terbaharu.

En-Mohd-Haizam-Ghazali,-Head-of-R&D-PROTON-(right)-receives-the-Excellence-Award-from-TS-Zulhaidi-Mohd-Jawi,-Director-of-MIROS.JPG

Antaranya seperti, Proton S70 dan Proton X90 yang dilengkapi dengan ciri-ciri seperti Sistem Peringatan Memandu Keletihan (FDRS) untuk mengurangkan risiko keletihan pemandu.

image.pngimage.png

“Anugerah ini mencerminkan komitmen PROTON untuk memanfaatkan teknologi termaju dan reka bentuk inovatif untuk meningkatkan keselamatan kenderaan kami dan akhirnya membantu memastikan keselamatan pemandu dan penumpang,” ujarnya.

Sejak penubuhannya, Anugerah Grand Prix ASEAN NCAP telah meraikan pencapaian cemerlang dalam keselamatan kenderaan di rantau ASEAN. 

Untuk itu, PROTON dipilih untuk menerima Anugerah Kecemerlangan atas usaha dan sumbangannya yang berterusan dan cemerlang dalam teknologi keselamatan kenderaan.


Gallery

Tag:

Proton S70
Suv Proton x90
ASEAN NCAP
GRAND PRIX
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto

09-04-2025
Berita Auto
Gaya Hidup

25-02-2025
Berita Auto

27-11-2024
Berita Auto

02-10-2024
Pandu Uji

09-08-2024
Berita Auto

30-07-2024

Berita Terkini

Berita Auto
SAIC Motor Malaysia Lantik Hoffen Teh Sebagai Ketua Pegawai Operasi Baharu

SAIC Motor Malaysia Lantik Hoffen Teh Sebagai Ketua Pegawai Operasi Baharu

SAIC Motor Malaysia melantik Hoffen Yih Ben Teh sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) baharu, berkuat kuasa serta-merta, semalam.

10-09-2025
Berita Auto
Dilancar: Makmal Forensik Kenderaan Bantu Siasatan Nahas Jalan Raya

Dilancar: Makmal Forensik Kenderaan Bantu Siasatan Nahas Jalan Raya

Pengoperasian kemudahan Makmal Forensik Kenderaan oleh CyberSecurity Malaysia (CSM) akan meningkatkan keberkesanan siasatan nahas jalan raya di negara ini.

09-09-2025
Berita Auto
Honda Malaysia, KTMB Jalin Kerjasama Untuk Sediakan Mobiliti Lestari Pada Persidangan ASEAN Railways Ke-45

Honda Malaysia, KTMB Jalin Kerjasama Untuk Sediakan Mobiliti Lestari Pada Persidangan ASEAN Railways Ke-45

Honda Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bertindak sebagai Rakan Rasmi Pengangkutan Kereta bagi Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Kereta Api ASEAN (ARCEOs’) ke-45.

09-09-2025
Berita Auto
Honda Prelude 2026 Dipasarkan Di Jepun – Kit Sporty Mugen Ditawarkan

Honda Prelude 2026 Dipasarkan Di Jepun – Kit Sporty Mugen Ditawarkan

Setelah hampir dua tahun sejak konsep asalnya diperkenalkan, Honda akhirnya melancarkan model baharu Prelude 2026 di pasaran Jepun.

09-09-2025
Berita Auto
Sistem PADU Tentukan Kelayakan Subsidi RON95 – Menteri Kewangan

Sistem PADU Tentukan Kelayakan Subsidi RON95 – Menteri Kewangan

Kerajaan dilaporkan akan menggunakan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) untuk menentukan kelayakan penerima subsidi petrol RON95.

09-09-2025
Berita Auto
5 Sebab Kenapa Pemilik Kereta Toyota Di Malaysia Bertuah

5 Sebab Kenapa Pemilik Kereta Toyota Di Malaysia Bertuah

Dalam artikel kali ini, kami dedahkan LIMA faktor utama yang membuatkan ramai pemilik Toyota rasa ‘bertuah’ membeli model kereta jenama Jepun ini.

09-09-2025
Berita Auto
MILI EV Hybrid Jalin Kerjasama Dengan Sarawak Skills Kukuhkan Latihan, Perkhidmatan EV Di Sarawak

MILI EV Hybrid Jalin Kerjasama Dengan Sarawak Skills Kukuhkan Latihan, Perkhidmatan EV Di Sarawak

SIB Mili Sdn. Bhd. (SIB Mili), anak syarikat Sapura Industrial Berhad, telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (Sarawak Skills) bagi memperkukuh ekosistem Kenderaan Elektrik (EV) dan Hibrid di Sarawak

09-09-2025
Berita Auto
Toyota Camry Bapa Mentua Dilarikan Dari Pusat Cuci Kereta

Toyota Camry Bapa Mentua Dilarikan Dari Pusat Cuci Kereta

Seorang lelaki yang membawa kereta milik bapa mentuanya untuk dicuci di sebuah pusat cuci kereta di Johor Bahru terkejut besar apabila dimaklumkan ia sebenarnya sudah dilarikan oleh seorang lelaki lain yang mendakwa rakannya.

09-09-2025