Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Volkswagen Malaysia Bakal Lancar SUV CKD Baharu Tidak Lama Lagi?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

SN_VW-Touareg-Media-Drive-2024-073.jpg


Dari kiri,  Pengurus Jenama VPCM, Charles Lim, Pengarah Urusan VPCM, Denyu Bostandzhiev dan Ketua Perancangan Pusat, Produk & Logistik VPCM, Mohamed Aslam.


Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru-baru ini telah membuat pendedahan mengenai kehadiran sebuah SUV baharu. Model tersebut dikatakan akan diposisikan antara Tiguan Allspace dan Touareg dan dipasang secara tempatan (CKD) supaya dapat ditawarkan pada harga yang kompetitif.


SN_VW-Touareg-Media-Drive-2024-110.jpg


VPCM baru-baru ini telah mengadakan sesi pandu uji Volkswagen Touareg bersama media.


Pengarah Urusan VPCM, Denyu Bostandzhiev, mengesahkan perkara tersebut dalam satu acara eksklusif bersama media yang diadakan di Kuantan, Pahang. Menurutnya, “Akan ada sebuah kereta, di antara, saya tidak dapat memberitahu anda sekarang bila tepatnya tetapi saya akan katakan agak cepat. Produk ini akan diletakkan dalam segmen SUV-C.


Mengulas lanjut, Pengurus Jenama Volkswagen Passenger Cars Malaysia, Charles Lim berkata, masih tiada kepastian apakah model SUV yang bakal dilancarkan nanti, namun ia tidak terhad kepada  barisan model yang ditawarkan di pasaran global, kerana VPCM turut akan mempertimbangkan model dari  India dan China


Menjawab pertanyaan daripada media paultan.org sama ada VPCM  akan menawarkan sebuah model kereta pada harga di bawah RM200,000, Denyu berkata, "Akan ada sebuah kereta [dalam julat harga ini]. Saya tidak dapat memberitahu sekarang bila [ia akan diperkenalkan], tetapi [model ini] akan tiba tidak lama lagi."


thumb_VW-Tiguan-Allspace-IQ-Drive.jpg


Volkswagen Tiguan Allspace

SN_VW-Touareg-Media-Drive-2024-055.jpg

Volkswagen Touareg 


Buat masa ini, VPCM menawarkan dua model SUV di Malaysia iaitu  Tiguan Allspace dan Touareg dengan perbezaan harga yang ketara. Tiguan Allspace ditawarkan di pasaran pada harga bermula daripada RM164,190 untuk varian asas hingga RM258,990 untuk R-Line, manakala Touareg pula ditawarkan hanya dalam satu varian, R-Line pada harga RM469,990.


Tayron-.jpeg


Volkswagen Tayron 


Untuk pengetahuan pembaca, Tiguan Allspace yang kini dijual di Malaysia adalah model generasi kedua yang pertama kali dilancarkan pada tahun 2016. Kini mungkin telah tiba masanya untuk kedatangan sebuah model yang lebih segar untuk peminat Volkswagen di Malaysia. Sekiranya benar model ini yang bakal digantikan kelak, ada kemungkinan model baharu itu nanti ialah Tayron. Menurut sebuah portal automotif India, Autocar, Tayron dikatakan akan dilancarkan sebagai pengganti kepada SUV Tiguan Allspace. 


Rancangan untuk melancarkan model CKD baharu di pasaran Malaysia menunjukkan komitmen Volkswagen untuk menjadikan negara ini sebagai hab pengeluaran serantau, bukan sahaja untuk model dengan enjin pembakaran dalaman (ICE), tetapi juga kenderaan elektrik (EV). 

Tag:

Volkswagen Malaysia
VPCM
SUV Volkswagen
SUV CKD VPCM
CKD
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

"Rocket Pocketman" Azizulhasni Dilantik Duta Jenama Pertama Volkswagen Malaysia

VPCM melantik jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang sebagai duta jenama pertama untuk Volkswagen di Malaysia.

23-07-2025
Kereta Baru

Volkswagen Touareg R-Line Serba Baharu Rasmi Di M’sia – Dari RM469K

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini telah melancarkan Touareg R-Line serba baharu, generasi ketiga untuk pasaran Malaysia.

12-03-2024
Berita Auto

Pelantikan Denyu Bostandzhiev Sebagai Pengarah Urusan PHSAM & VPCM

PHSAM dan VPCM telah mengumumkan pelantikan Denyu Bostandzhiev sebagai Pengarah Urusan Bersama baharu.

01-07-2023
Berita Auto

Arteon R-Line 4MOTION Kini Lebih Selamat Dengan IQ.DRIVE

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru-baru ini telah melancarkan Arteon R-Line 4MOTION dengan teknologi IQ.DRIVE

05-05-2023
Video

Volkswagen Golf GTI MK8 2022 Review Pandu Uji | Penilaian Prestasi Sebenar! RM227,012.00

Volkswagen Golf GTI MK8 2022 Review Pandu Uji | Penilaian Prestasi Sebenar! RM227,012.00

06-02-2023
Berita Auto

Jimat Sehingga RM4,000, Pemeriksaan Kereta Percuma - Volkswagen

Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) menawarkan penjimatan sehingga RM4,000 untuk model terpilih.

04-01-2023
Berita Auto

Bilik Pameran Dibuka Dengan SOP Yang Lebih Ketat

Hanya beberapa bilik pameran di Melaka, Johor, Kedah, Pahang dan Kelantan masih belum dibenarkan beroperasi.

25-08-2021
Berita Auto

VW Golf 1.5 eTSI R-Line 2026 Kini Di Pasaran – Dari RM179,990 Untuk Pembeli Terawal

Setelah sekian lama dinantikan sejak sesi pratonton pada November 2025, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) secara rasmi mengumumkan harga jualan bagi model Volkswagen Golf 1.5 eTSI R-Line 2026.

06-02-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026
Berita Auto

Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Detik cemas menyelubungi sebuah keluarga apabila SUV yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam gaung sedalam 15 meter di sebuah ladang teh.

25-02-2026
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026