Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Baru 10 Minit Tinggal di Parkir Valet, Kereta Lesap Dibawa Lari

Sofea Najmi

Kongsi melalui

THUMb-suria-klcc-parkir-.png


Kunci masih ada bersama penjaga valet, namun kereta lesap (Foto: Zach Khai Shin via Facebook)


Sesetengah orang sanggup bayar parkir valet untuk memudahkan diri walaupun mahal, tetapi lain pula jadinya kepada seorang pemilik Honda HR-V baru-baru ini. Tindakannya memilih perkhidmatan valet telah ‘menyusahkannya.'


Hanya 10 minit selepas ditinggalkan dengan penjaga valet, SUV tersebut hilang dipercayai dilarikan oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. 


Kejadian tersebut dilaporkan berlaku selepas pemilik kenderaan yang berusia 31 tahun menyerahkan kuncinya kepada penjaga valet pada jam 12.48 tengah hari. 


kereta-lesap-di-parkir-valet-suria-klcc.jpg

Kejadian berlaku di parkir valet Suria KLCC (Foto: Zach Khai Shin via Facebook)


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata siasatan mendapati penjaga valet meletakkan kenderaan tersebut di kawasan parkir valet sebelum mengalihkannya ke tepi laluan keluar di jalan utama. Kira-kira 10 minit kemudian, SUV tersebut didapati hilang walaupun kunci masih berada pada penjaga valet.


Penahanan Suspek di USJ 1


THUMb-suria-klcc-parkir-parkir-1.png


HR-V tersebut berjaya dikesan dengan menggunakan peranti GPS ((Foto: Zach Khai Shin via Facebook)


Mangsa yang merupakan seorang juru reka hiasan segera membuat laporan polis selepas mendapati kenderaannya hilang. Polis kemudian membuat hebahan kepada semua elemen di lapangan untuk mengesan SUV terbabit. 


Kenderaan tersebut dikesan di USJ 1, Subang Jaya sebelum ditahan oleh anggota kenderaan peronda polis (MPV) pada jam 2.35 petang semalam. Seorang suspek lelaki tempatan berusia 58 tahun ditahan dan didapati mempunyai dua rekod kesalahan dadah. Permohonan reman akan dibuat untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.


Insiden Tular di Media Sosial


Kejadian ini tular selepas satu hantaran di media sosial mendakwa kereta hilang selepas diserahkan kepada valet. Pemilik kenderaan, Zach Khai Shin, mendakwa SUV tersebut dikesan berada di Subang Jaya menggunakan peranti GPS.


 Kenyataan Pihak Pengurusan Suria KLCC


SURIA-KLCC-KENYATAAN.jpg


Suria KLCC mengesahkan bahawa kenderaan yang dicuri tersebut adalah dari parkir valet mereka. Dalam kenyataan di Facebook, Suria KLCC juga menyatakan komitmen untuk memperbaik prosedur operasi standard pengendali parkir valet untuk mengelakkan kejadian seumpama ini di masa hadapan.

Tag:

Honda HRV
Honda HR-V
Suria KLCC
Kereta Dicuri
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

05-01-2023
Berita Auto

12-07-2022
Berita Auto

18-02-2022
Pandu Uji

24-10-2025
Kereta Baru

17-07-2025
Kereta Baru

01-07-2025
Berita Auto

17-05-2024
Berita Auto

12-04-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Projek Dasar Laut Bukan Projek Terbengkalai, Tidak Pernah Diumum Batal

Projek Terowong Dasar Laut masih berstatus aktif.

14-11-2025
Berita Auto

RTS Link, TMJ Bimbang Kesesakan Sebaik RTS Mula Operasi

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, bimbang terhadap masalah kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku apabila Projek Rapid Transit System (RTS) Link, siap nanti.

14-11-2025
Berita Auto

Kunjungi Pameran Teknologi EV, BYD Tech Discovery Day Di Plaza Arkadia, Bermula Hari Ini

BYD Malaysia, DENZA jenama kenderaan elektrik pintar mewah di bawah BYD bersama BYD Sime Motors, pengedar kenderaan rasmi BYD di Malaysia,melancarkan secara rasminya pameran teknologi EV pertama di Malaysia, semalam.

14-11-2025
Berita Auto

Tiada Lagi Healing Percuma, Lepas Ini Bayar Tol Sebelum Naik Genting Highlands

Genting Highlands akan mengenakan tol bagi menampung kos penyelenggaraan sepanjang 24 kilometer jalan dan cerun yang ditanggung sepenuhnya oleh syarikat itu sejak tahun 1960-an.

14-11-2025
Berita Auto

Monsun Timur Laut, Laluan Dari Gerik, Jeli, Blue Valley Terdedah Tanah Runtuh

Laluan dari Gerik menuju ke Jeli, Kelantan dan jalan Simpang Pulai ke Blue Valley, Cameron Highlands, Pahang dikatakan berisiko berlakunya kejadian tanah runtuh.

13-11-2025
Berita Auto

Projek ECRL: Bakal Lonjakkan Hasil KDNK Terengganu

Nampaknya, negeri Terengganu mampu tingkatkan hasil KDNK sebanyak RM48.2 bilion pada 2040 disebabkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

13-11-2025
Berita Auto

Proton, PRO-NET Sertai GATE 2025: Pamerkan Teknologi EV Terkini di GATE 2025

PRO-NET mempamerkan teknologi terkini kenderaan elektriknya sepanjang pameran Global Automotive and Technology Expo (GATE) 2025 yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre.

13-11-2025
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen

Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel naik sebanyak lima sen, bermula hari ini.

13-11-2025