Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Cari Kereta Terpakai Di CariCarz Automall, Semuanya Berkualiti

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

CariCarz Automall yang menjual pelbagai model kereta  terpakai berkualiti tinggi, sudah pun memulakan operasi perniagaan secara fizikal di The Strand Mall,  Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Ini kerana sebelum ini,  CariCarz Automall menjual kereta terpakai mereka secara dalam talian menerusi platform CariCarz.com.

image.png

Apa yang cukup menarik ialah CariCarz Automall kini menjadi pengantara dengan menghubungkan pembeli dengan pengedar dan penjual kereta terpakai secara terus.

Pada masa yang sama, CariCarz Automall juga bertindak sebagai laluan terbaik untuk pengedar dan penjual kereta terpakai untuk mempamerkan tawaran kenderaan terbaik mereka secara terus kepada pembeli.

Untuk makluman, kawasan itu boleh memuatkan hampir 600 kenderaan terpakai untuk dijual.

image.pngimage.png

Malah, semua kereta terpakai yang dipamerkan di sini memenuhi standard kualiti yang ketat yang ditetapkan oleh CariCarz.

Semua kenderaan yang dipamerkan di CariCarz Automall itu turut  diperiksa terlebih dahulu dengan teliti terutama dari segi kualiti dan keadaan sesebuah kereta.

image.png

Untuk itu, semua kereta terpakai yang dipamerkan di CariCarz Automall dipilih secara khusus, dan pihak syarikat tidak menawarkan  kereta yang berusia lebih daripada 15 tahun.

Dalam erti kata lain, anda tidak akan menemui mana-mana kereta yang tidak menepati standard yang dipamerkan di situ memandangkan pihak syarikat telah melaksanakan pemeriksaan yang cukup ketat sebelum kenderaan itu dijual kepada para pelanggannya.

image.png

Selain itu, pihak pengurusan syarikat turut menawarkan perkhidmatan buggy bagi memudahkan para pelanggan meninjau dereta kereta yang dipamerkan di situ.

Tidak ketinggalan terdapat juga ruang untuk membolehkan para pelanggan untuk memandu uji kereta sebelum mereka membuat keputusan untuk membelinya.

image.png

Bukan setakat itu sahaja, CariCarz Automall turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk Delivery Bay, ruang lounge untuk pelanggan, surau dan ruang permainan untuk kanak-kanak.

image.pngimage.png

Sehubungan itu, bagi para pelanggan yang membeli kenderaan terpakai dari CariCarz Automall, mereka akan menerima waranti selama setahun serta jaminan wang dikembalikan namun tertakluk kepada syarat dan terma.

image.png

Bagi yang berminat, CariCarz Automall dibuka pada setiap hari bermula dari pukul 9.30 pagi hingga 6.30 petang.

CariCarz Automall terletak di Parking Level 3A, The Strand Mall, Jalan PJU 5/22, Pusat Perdagangan Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

image.png

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi  CariCarz Automall  di 018-900 8671.

Gallery

Tag:

Caricarz
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Jual Kereta Terpakai Anda Secara Terus Kepada Pelanggan Di Sunday Car Market 21 Sept Ini!

Selepas menerima sambutan hangat pada Julai lalu, Caricarz Automall mengumumkan acara Sunday Car Market akan kembali diadakan pada 21 September 2025 depan.

12-09-2025
Berita Auto

Berjaya Kutip Dana RM3 Juta Untuk Kembangkan Bisnes

Pasaran automotif paling pesat berkembang dan platform berita digital, Caricarz melakar sejarah tersendiri apabila berjaya mendapatkan dana sebanyak RM3 juta

20-12-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026