Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

ContiSeal: Teknologi Tampalan Tayar Secara Automatik!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Tayar pancit ketika memandu boleh mendatangkan bahaya dan mengganggu perjalanan seseorang.

Seperti sedia maklum, masa menunggu ketibaan bantuan dan pembaikan boleh memakan masa dan mengganggu perjalanan anda. 

Untuk itu, pengeluar tayar terkemuka di Malaysia, Continental memperkenalkan tayar baharu yang dilengkapi dengan teknologi tampalan automatik, ContiSeal.

image.png

Sebagai makluman, kali pertama teknologi itu diperkenalkan pada tahun 2003, dan selepas itu ContiSeal telah ditambah baik selama lebih dua dekad.

Ini membolehkan pengedapan segera sebanyak 80% daripada semua tusukan, dan 99.9% daripada tayar pancit sehingga diameter 5mm apabila tusukan berlaku

Continental berkata, ia mampu menyumbat lubang sehingga diameter 5mm, teknologi ini menghasilkan pengedap kedap udara yang menghalang udara daripada bocor.

“Digunakan pada bahagian dalam tayar di kawasan bunga, lapisan pengedap memastikan tayar mengekalkan integriti dan prestasinya, walaupun dalam keadaan yang ketat dan mencabar. 

image.png

“Oleh itu, dalam keadaan penembusan objek asing, seperti paku, tidak ada keperluan segera untuk menukar tayar di tepi jalan, dan lubang tetap tertutup walaupun objek yang menusuk itu tercabut,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Continental, berlawanan dengan run-flat tyres (tayar gerak kempis), tayar ContiSeal berfungsi seperti tayar standard tanpa mengenepikan  keselesaan dan tidak memerlukan pengubahsuaian kenderaan khusus.

image.pngimage.png

Tidak seperti tayar pancit run-flat, yang mempunyai had pada pengendalian, kelajuan dan jarak, tayar ContiSeal mengekalkan integriti dan prestasi walaupun selepas pancit, sekali gus membenarkan pemanduan tanpa had dan boleh dibaiki jika perlu.

image.png

“Walaupun tayar pengedap kendiri mungkin adalah lebih mahal, dalam jangka panjang tayar ini merupakan penjimatan kos untuk pemilik kereta, sekali gus mengurangkan keperluan untuk bantuan di tepi jalan, penundaan atau penukaran tayar dengan kerap.

image.pngimage.png

“Continental menjamin ContiSeal di bawah waranti pembuatan standard, sekiranya berlaku sebarang kecacatan prestasi pengedap untuk tusukan dalam lingkungan 5mm (di kawasan bunga), bayaran balik waranti pro rata akan diberikan,”ujarnya.

Lebih menarik, dengan pembelian tayar ContiSeal, pengguna jalan raya juga boleh meraih manfaat daripada Total Confidence Plan (TCP), yang menyediakan penggantian tayar satu sama satu untuk kerosakan jalan yang tidak dijangka dalam tahun pertama, dengan tuntutan diuruskan dengan mudah melalui aplikasi Conti TCP.

Sehubungan itu, Continental menyarankan penggunaan Tyre Pressure Monitoring System (TPMS) untuk memantau sebarang penurunan tekanan tayar dan pemeriksaan tayar secara berkala oleh pakar tayar untuk memastikan keselamatan dan prestasi jangka panjang.

Continental menyasarkan matlamat untuk menggabungkan sepenuhnya teknologi ContiSeal menjelang Julai 2024 merentas model tayar popular, UltraContact UC7, PremiumContact C dan UltraContact UC6 SUV, dalam saiz antara 16-inci hingga 20-inci.

Tersedia di mana-mana pengedar di seluruh negara atau di kedai e-dagang Shopee dan Lazada rasmi Continental, langkah strategik ini mencerminkan komitmen Continental untuk meluaskan jangkauan teknologi inovatif ini kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

Untuk maklumat selanjutnya tentang ContiSeal dan tayar terbaharu mereka, sila layari https://www.continental-tires.com/products/b2c/car/continental-tire-technologies/contiseal/.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Ada Cadangan Potong Kuota Subsidi BUDI95 Ikut Gaji? – Ini Jawapan Kerajaan

Kerajaan memberi jaminan tidak akan membuat perubahan drastik terhadap kuota bantuan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) berdasarkan kelas pendapatan buat masa ini.

08-01-2026
Berita Auto

Kenapa Passport Malaysia, IC Berwajah Baharu?

Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memperkenalkan pasport Malaysia dan MyKad berwajah baharu dalam dalam tempoh enam bulan lagi.

08-01-2026
Berita Auto

Tambang RM328 Ke Sarawak, RM398 Ke Sabah Sempena Tahun Baharu Cina, Aidilfitri

AirAsia mengumumkan inisiatif tambang tetap tahunan dengan menawarkan harga tiket pada kadar RM328 bagi penerbangan ke Sarawak dan RM398 bagi laluan Sabah sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri pada tahun ini.

08-01-2026
Berita Auto

Penerbangan MH21 Patah Balik, Ada Sebabnya!

Malaysia Airlines mengesahkan penerbangan MH21 yang beroperasi dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris (CDG) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL) semalam berpatah balik ke CDG sejurus selepas berlepas.

08-01-2026
Berita Auto

Kenapa Setiap Tahun Muncul Isu Tambang Van Sekolah Naik?

Sesi persekolahan tahun 2026 akan bermula dalam beberapa hari lagi, namun golongan ibu bapa sudah mula menyuarakan kebimbangan mengenai kenaikan tambang van sekolah di media sosial.

08-01-2026
Berita Auto

51 Kereta Musnah, Bengkel Kereta Terbakar

Sebanyak 51 buah kenderaan dilaporkan musnah dalam kebakaran melibatkan sebuah bengkel servis dan cat kenderaan.

07-01-2026
Berita Auto

Harga Minyak Turun, RON97 & Diesel Lebih Murah Mulai 8 Januari

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 8 Januari hingga 14 Januari depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

07-01-2026
Berita Auto

Lelaki Tayang Saman Panjang Tular Di Media Sosial, Ini Pula Jawapan JPJ!

Seorang lelaki menjadi bahan bualan hangat di media sosial apabila dia menunjukkan surat saman daripada Jabatan Pengangkutan Jalan di Melaka, semalam.

07-01-2026