- Berita
- Berita Auto
- Harga Minyak Kekal Hingga 24 Julai Depan

Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masih kekal seperti sebelum ini, masing-masing pada harga RM3.47, RM2.05 dan RM3.35 seliter.
Harga minyak mingguan itu akan dikuatkuasa mulai tengah malam ini hingga 24 Julai depan.
Sementara itu, Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan masih kekal pada paras RM2.15 seliter.
"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," katanya.
Baca: Kerajaan Tiada Pilihan, Penyasaran Subsidi Diesel Penting Untuk Selamatkan Negara – PM
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv


