Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Honda Raih Pencapaian Penting, Serah 2 Unit Honda Kepada Pelanggan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Honda Malaysia meraikan pencapaian penting apabila menyerahkan Honda Civic ke-170,000 dan Honda HR-V ke-150,000 dalam satu acara yang diadakan di  Honda Botanic Auto Mall Sdn. Bhd, Klang, baru-baru ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura, mengucapkan terima kasih  atas sokongan dan kepercayaan para pelanggan yang berterusan terhadap jenama Honda.

“Model Honda terus meraih populariti dan permintaannya semakin meningkat, terima kasih kepada sokongan pelanggan kami,” katanya dalam satu kenyataan.

image.png

Untuk makluman, Civic, kini dalam generasi ke-11. Model itu telah menjadi peneraju segmen C bukan nasional selama lapan tahun berturut-turut sejak 2016. 

Sementara itu, model HR-V, yang diperkenalkan sembilan tahun lalu, juga turut laris  dan kini berada di senarai teratas jualan SUV segmen B tahun ini.

“Dengan reka bentuk yang luar biasa dan pilihan rangkaian kuasa termaju, kami percaya HR-V akan terus menjadi SUV kompak kegemaran rakyat Malaysia,” tambahnya.

Dalam majlis itu, Honda Civic ke-170,000, iaitu varian 2.0L e:HEV RS hibrid, dan HR-V ke-150,000(varian 1.5L e:HEV RS hibrid) telah diserahkan kepada dua pelanggannya, Lim Chin Hui dan Asha Waheda.

Malah, kedua-dua pemilik menerima hadiah eksklusif dan set Honda Genuine Accessories bernilai RM10,000.

Sedikit maklumat terkini mengenai Honda, jumlah jualan Honda Malaysia dikatakan melebihi 39,200 unit pada suku pertama tahun ini.

Ia menunjukkan  peningkatan 16% berbanding tempoh yang sama pada 2023. 

Selain itu. HR-V muncul sebagai penyumbang utama, menyumbang 28% daripada jualan dalam Bukan -Segmen SUV Kompak Nasional. 

Populariti teknologi e:HEV Honda juga membuatkan model hibrid seperti City, City Hatchback, Civic, HR-V dan CR-V menyumbang 13% kepada jualan Honda Malaysia pada suku pertama tahun ini.


Gallery

Tag:

Honda Malaysia
Honda Civic
Honda HR-V
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Legenda Kini Kembali! Honda Prelude Serba Baharu Rasmi Di Malaysia, Ada DNA Type R, Harga RM278k

Lupakan Sekejap Civic, Honda Prelude Generasi Ke-6 Dah Tiba Di Malaysia! Apa Yang Best Sangat?

12-06-2026
Berita Auto

Honda Malaysia Perkukuh Dominasi Hibrid; Model e:HEV Kini Dilindungi Jaminan 10 Tahun

Bukan Untuk Model Baharu Sahaja, Pemilik Honda Jazz & City Hybrid Lama Turut Dapat Lanjutan Waranti!

04-05-2026
Kereta Baru

Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?

Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?

16-04-2026
Berita Auto

Kereta Honda Laku Keras, Ini Pula Sasaran CEO Honda Malaysia Tahun Ini

Honda Malaysia meletakkan sasaran untuk menjual sebanyak 60,000 unit kereta pada tahun ini.

11-02-2026
Berita Auto

Honda Malaysia Bakal Lancar 6 Model Baharu Tahun Ini, Adakah Mungkin Prelude?

Honda Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya akan melancarkan sekurang-kurangnya enam model baharu ke pasaran Malaysia pada tahun ini.

11-02-2026
Kereta Baru

Honda CR-V Dual-Tone Edition Kini Di Pasaran – Terhad 300 Unit, Dari RM169,900

Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25, Honda Malaysia (HM) mengumumkan syarikatnya itu kini menawarkan versi khas, CR-V Dual-Tone Edition, eksklusif untuk CR-V generasi keenam varian E dan V.

13-11-2025
Berita Auto

Honda Malaysia, KTMB Jalin Kerjasama Untuk Sediakan Mobiliti Lestari Pada Persidangan ASEAN Railways Ke-45

Honda Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bertindak sebagai Rakan Rasmi Pengangkutan Kereta bagi Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Kereta Api ASEAN (ARCEOs’) ke-45.

09-09-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026