Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Mujur Tiada Yang Terkorban

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Seorang lelaki sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri dan pengguna jalan raya lain apabila dia memandu secara lawan arus sejauh 30 kilometer hanya kerana mahu mengelak daripada sekatan jalan raya.

Kejadian itu berlaku di  Jalan Persiaran Indah, Iskandar Puteri, Johor, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superitenden Mohd Azlan Abdul Kadir mengesahkan kejadian itu.

Pada mulanya lelaki itu ditahan dalam sekatan untuk pemeriksaan, sebelum dia sempat melarikan diri.

"Polis mengejar kereta berkenaan dan lelaki tersebut terus memecut keretanya dengan kelajuan mencapai 130 kilometer sejam (km/j) dalam usaha meloloskan diri.

"Suspek bertindak agresif bukan sahaja memandu melawan arus tetapi juga mengabaikan isyarat lalu lintas dan memandu pada kelajuan tinggi hingga membahayakan pengguna jalan raya lain," katanya.

Bagaimanapun, suspek sudah ditahan dan kini disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya serta Seksyen 186 kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam


Gallery

Tag:

Sekatan Jalan Raya
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Warga Rohingya Semakin Ramai Memandu Secara Haram Di Kota Bharu

Warga Rohingya Semakin Ramai Memandu Secara Haram Di Kota Bharu

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan sejumlah 343 notis saman kepada warga asing tahun lalu.

02-01-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026