Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Penutupan Jambatan di Pulau Pinang secara Berperingkat 28 Julai Ini

Sofea Najmi

Kongsi melalui

451580029_888224493349849_1712892298953658779_n.jpg


Pulau Pinang akan menyaksikan penutupan dua jambatan utama pada 28 Julai ini untuk memberi laluan kepada acara 'Penang Fellowship Ride Bridge to Bridge 2024'. 


Pengerusi Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen, mengumumkan bahawa Jambatan Pulau Pinang akan ditutup dari arah pulau ke Perai bermula jam 6.30 pagi hingga 9.00 pagi. 


Screenshot-2024-07-15-082101s.jpg451634060_933550882149796_3634406393475036396_ns.jpg


Sementara itu, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dari arah Batu Kawan ke Batu Maung akan ditutup dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.


Laluan Kayuhan & Penutupan Jalan


Gooi menjelaskan bahawa acara kayuhan basikal itu akan bermula dan tamat di Tapak Pesta Sungai Nibong. Beberapa jalan juga akan ditutup secara berperingkat bagi menjayakan kayuhan tersebut. 


Selain Jambatan Pulau Pinang, laluan kayuhan akan meliputi Jalan Perindustrian Juru, Batu Kawan sebelum kembali ke Tapak Pesta melalui Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Lebuhraya Tun Dr. Lum Chong Eu di Bayan Lepas.


Tarik Lebih 2,000 Peserta 


Menurut Gooi, sebanyak 2,343 peserta telah mendaftar untuk menyertai acara kayuhan sejauh 66 kilometer ini. Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, juga akan turut serta dalam kayuhan, seperti tahun lalu. 


Rancang Perjalanan


Orang ramai dinasihatkan agar merancang perjalanan mereka dan mematuhi arahan pihak berkuasa yang bertugas di lokasi acara. Ini penting bagi memastikan kelancaran dan keselamatan acara serta semua pengguna jalan raya.


Sumber: Bernama 


Tag:

Penutupan Jalan
Penutupan Jambatan
Jambatan Pulau Pinang
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Penang Fellowship Ride Bridge to Bridge 2024
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto

03-01-2023
Berita Auto

03-01-2023
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

Lagi Berita Baik Untuk Rakyat Malaysia, WCE Banting-Gelang Patah Siap Hujung Tahun Ini

Ia adalah laluan alternatif kepada Lebuhraya Utara–Selatan (E2) yang sering mengalami kesesakan terutamanya pada musim perayaan dan hujung minggu.

08-08-2025
Berita Auto

Syarikat Upah Warga Asing Pandu Kenderaan Perdagangan, Ramai Tiada Lesen GDL

JPJ merekodkan sebanyak 17,347 kesalahan yang membabitkan pemandu kenderaan perdagangan warga asing bagi tempoh 2021 hingga Julai lepas.

08-08-2025
Berita Auto

Kereta Mewah Disita, Perbaharui Cukai Jalan, Insurans Dulu Sebelum Bayar Kompaun

Pemilik kenderaan mewah perlu memperbaharui cukai jalan dan insurans bagi kenderaan mereka yang disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

08-08-2025
Berita Auto

Prasarana Rancang Pasang Pintu Penghadang Di Platform LRT, Elak Insiden Jatuh

Untuk mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berulang, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) kini sedang merancang untuk memasang pintu keselamatan di platform stesen Transit Aliran Ringan (LRT) lama.

08-08-2025
Berita Auto

Sistem Tol Tanpa Henti (ANPR) Akan Dilaksana, Jangan Risau, Tiada Caj Dikenakan

Sistem pembayaran terbuka tol menggunakan teknologi Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR), akan dilaksanakan secara berperingkat di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula Oktober ini.

07-08-2025
Berita Auto

SAH! Fasa 1 ECRL Siap Tepat Disember 2026

Jajaran ECRL Fasa 1 dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak akan disiapkan menjelang Disember 2026.

07-08-2025
Berita Auto

UMW Toyota Jual Hampir 9,000 Unit Pada Julai 2025, Umum Kempen Bulan Kemerdekaan

UMWT mengumumkan pencapaian jualan pada Julai 2025 yang cukup memberangsangkan iaitu mencecah 8,877 unit kenderaan.

07-08-2025
Berita Auto

Tiada Lampu Jalan: Punca Kemalangan Di Jalan Persekutuan

KKR merekodkan 2,184 kes kemalangan di Jalan Persekutuan.

07-08-2025