Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton Upah 3,000 Pekerja Sementara

Suhana Veru

Kongsi melalui

EXA--2024-Best-Learning--Development-Programme.jpg

Pengeluar kereta Nasional PROTON mengorak satu tapak ke hadapan apabila membolot empat anugerah dalam satu program yang diadakan baru-baru ini. 

Antara anugerah yang diterima ialah amalan sumber manusia (HR) yang mampan serta program pembangunan majikan terbaik dalam Employee Experience Awards 2024 yang berprestij dan People & Purpose Awards 2024

Keempat-empat anugerah ini membuktikan komitmen PROTON dalam memupuk bakat dan membangunkan budaya kerja yang mampan.

Pencapaian itu dikreditkan kepada sistem HR yang kukuh yang dipimpin oleh Amran  Mohd Tomin apabila beliau mengambil alih sebagai Naib Presiden HCD pada Mac 2016.

EXA-2024-Best-First-Time-Manager-Programme-Award.jpgPeople-&-Purpose-Awards-2024-by-SEEK-recognised-PROTON-in-two-categories,-Platinum-in-Best-Sustainable-HR-Practices-and-Gold-in-Best-Employer-Development-Program.JPG

Di bawah pimpinannya, jabatan HCD merangka strategi sumber manusia dan menyelaraskan dengan keperluan perniagaan, menyusun semula peranan dan fungsi serta memperkemas aliran kerja untuk menyokong pelbagai bahagian, terutamanya dalam jualan, selepas jualan dan pembuatan.

Proton berkata,  jabatan HCD PROTON telah diperkukuhkan untuk mengurus bakat, budaya, dan reka bentuk organisasi dengan lebih baik. HCD juga disokong oleh pelan perniagaan 10 tahun yang menyelaraskan matlamat syarikat dengan aspirasi pekerja untuk organisasi berorientasikan prestasi.

“Dalam tempoh empat hingga lima tahun yang lalu, PROTON telah mengupah lebih 3,000 pekerja sementara mengalami pengurangan kira-kira 10 hingga 11% setiap

tahun. Selain itu, PROTON menyasarkan untuk promosi dalaman mencakupi 10% hingga 20% daripada jumlah pekerjanya pada setiap peringkat,”  katanya dalam satu kenyataan.

Tambah kenyataan itu, untuk mengukuhkan saluran bakatnya, syarikat melancarkan program PROTON Young Talents (PYT) pada tahun 2018 dengan sasaran pengambilan 100 bakat muda setiap tahun. 

“Selepas penggiliran awal melalui empat bahagian teras, 30 hingga 50 bakat diterima dalam peranan tetap untuk menyokong fungsi utama perniagaandalam tempoh lima tahun berikutnya,” ujarnya. 


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026