Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tidak Serik Sewakan Kenderaan Kepada Warga Asing Walau Pernah Dikompaun

Sofea Najmi

Kongsi melalui

TIDAK-SERIK-WALAU-PERNAH-DIKOMPAUN_13.png


Antara kenderaan yang disita dalam Operasi Bersepadu Pemandu Warga Asing (Foto: Harian Metro)


Walaupun sudah dikompaun beberapa kali, pemilik kenderaan masih tidak serik sewakan kenderaan kepada warga asing yang tiada lesen memandu sah!


Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Aedy Fadly Ramli, menyatakan pihaknya akan memanggil pemilik terbabit untuk diberikan khidmat advokasi supaya tidak mengulangi kesalahan tersebut.


Khidmat Advokasi oleh JPJ dan PPj


TIDAK-SERIK-WALAU-PERNAH-DIKOMPAUN_10.png


“Perbadanan Putrajaya (PPj) bersetuju sekiranya dapat, kita akan panggil semua pemilik kenderaan ini untuk kita kumpulkan dan beri khidmat advokasi supaya tidak mengulangi perkara ini lagi.


“PPj akan mengatur bersama JPJ, kita akan sediakan pegawai kita untuk beri khidmat nasihat sebab perkara ini dah berlaku banyak kali, ada yang dah dikompaun tetapi masih lagi memberi kebenaran kepada warga asing (tanpa lesen memandu sah) untuk menggunakan kenderaan mereka,” ata Aedy dalam sidang media selepas Operasi Bersepadu Pemandu Warga Asing (Ops PeWA) di antara JPJ dan PPj.


Fokus Ops PeWA


TIDAK-SERIK-WALAU-PERNAH-DIKOMPAUN_9.png


Ops PeWA memberi tumpuan kepada pemeriksaan menyeluruh ke atas semua jenis kenderaan yang dipandu oleh warga asing. Dalam operasi tersebut, pihak berkuasa telah memeriksa sejumlah 90 kenderaan yang mana 73 daripadanya telah disita, termasuk 72 motosikal dan sebuah kereta.


Kesalahan yang Dikesan


TIDAK-SERIK-WALAU-PERNAH-DIKOMPAUN_12.png


“Sebanyak 228 notis pelbagai kesalahan telah dikeluarkan, antaranya pemandu warga asing tidak memiliki lesen memandu sah, lesen kenderaan motor tamat tempoh, tiada perlindungan insurans dan nombor pendaftaran palsu,” jelas Aedy.


Nasihat JPJ kepada Pengguna Jalan Raya


Pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333). Warga Malaysia diminta agar tidak membenarkan atau menyewakan kenderaan mereka kepada warga asing kerana boleh mendatangkan risiko yang tinggi.


“Pemilik juga akan diambil tindakan oleh JPJ,” tegasnya lagi.


Sumber: Buletin TV3, Harian Metro


Tag:

Kompaun JPJ
Saman JPJ
Sita JPJ
Saman Warga Asing
Sewa Kenderaan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Pemandu Kereta Mewah Ramai Salah Guna Lorong Kecemasan

"Bosan hadap jem" dan "mahu cepat sampai" menjadi alasan kebanyakan pemandu yang degil menyalahgunakan lorong kecemasan di lebuh raya.

05-01-2026
Berita Auto

Tinggal 2 Hari Lagi Diskaun Saman 50%, Tak Bayar? Disenarai Hitam

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan peringatan terakhir kepada pemilik kenderaan agar segera melunaskan saman tertunggak melalui Program Rancakkan MADANI dengan diskaun sebanyak 50% yang bakal tamat 30 Disember ini.

28-12-2025
Berita Auto

Dasar Saman Baharu 2026 Dipuji Pakar Sebagai 'Game Changer'

Dalam masa beberapa minggu sahaja lagi, Malaysia akan mula melaksanakan sistem pembayaran saman trafik baharu berprinsip “Lebih Cepat Anda Bayar, Lebih Sedikit Anda Perlu Bayar".

10-12-2025
Berita Auto

Takut Disita, Pemilik Kenderaan Singapura Bayar Saman Serta-Merta, JPJ Dapat RM1.17 Juta

Sejumlah 3,910 saman telah dikeluarkan terhadap kenderaan dengan nombor pendaftaran Singapura yang didapati gagal melengkapkan dan mengaktifkan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

22-10-2025
Berita Auto

Warga Asing Makin Berani Pandu Secara Haram! Lebih 70 Saman Dalam 3 Jam

Antara kesalahan tertinggi yang dikesan ialah tiada lesen memandu. Apa lagi? Jom baca.

22-07-2024
Berita Auto

Tak Ada Lesen Sebab Masalah Kewangan, Alasan Ramai Penunggang Motor

Masalah kewangan jadi punca tiada lesen memandu sah, itulah alasan yang digunakan oleh sebahagian besar penunggang motosikal.

28-06-2024
Berita Auto

Operasi Aidiladha: Rekod 14,417 Kesalahan Jalan Raya Di Selangor, Isu Teknikal Paling Tinggi

Pihak berkuasa mengesan sejumlah 14,417 kesalahan jalan raya ke atas 13,417 kenderaan sepanjang Ops Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2024.

21-06-2024
Berita Auto

Lebih 16,000 Kereta Laju Bakal Disaman, Kamera AWAS Sentiasa Perhati

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengesan 16,142 kes pelanggaran had laju menerusi kamera.

07-04-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026