Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bas Henti-Henti Kini Lebih "Feminin"

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Percaya atau tidak, perkhidmatan bas henti-henti di seluruh negara akan digantikan dengan bas baharu berwarna merah jambu.

Untuk itu, kesemua pengendali perkhidmatan bas itu wajib menyediakan bas berkenaan dalam warna merah jambu.

Jika gagal berbuat demikian, mereka berdepan dengan penalti.

Itu kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, pada Majlis Pelancaran Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti (SBST), sebentar tadi.

image.png

“Semua tempat (seluruh negara) akan memiliki bas berwajah baharu ini. Pereka grafik yang membuat rekaan wajah baharu itu mencadangkan warna merah jambu sebab nampak lebih ceria.

"Dulu warna bas yang gelap agak membosankan, jadi kita tukar kepada warna ceria dan terang supaya dari jauh sudah nampak bas itu, kita naik pun rasa gembira,” katanya.

Bagaimanapun, transformasi akan dilakukan di seluruh Semenanjung kecuali Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang kerana memiliki perkhidmatan Bas Rapid.

Malah, Negeri Sembilan menjadi negeri pertama yang melakukan transformasi berkenaan dan diteruskan ke negeri lain berdasarkan penamatan tempoh kontrak bagi perkhidmatan dengan syarikat sedia ada.


Gallery

Tag:

bas henti-henti
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026