Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bermula 1 Januari 2025, Semua Motor Wajib Ada ABS, Apa Pula Nasib Motor Lama?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Semua motosikal baharu dengan enjin berkapasiti 150cc ke atas wajib dilengkapi dengan sistem brek anti-kunci (ABS) bermula 1 Januari 2025.

Langkah itu diambil selepas  susulan kajian dua tahun oleh Kementerian Pengangkutan untuk menangani peningkatan jumlah kematian berkaitan motosikal. 

Kementerian Pengangkutan  telah mempertimbangkan keputusan itu sejak 2022 ketika diketuai bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. 

image.png

Ketika itu, pelaksanaan tidak dapat dilaksanakan dalam sekelip mata kerana kekurangan ABS global untuk kenderaan dua roda selain kekurangan cip akibat pandemik.

Berdasarkan laporan  Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), sebanyak 6442 kemalangan maut.

Daripada jumlah itu, kira-kira 4,000 membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal berumur antara 16 hingga 35 tahun.

“Sistem ABS boleh membantu mengurangkan kemalangan dan kematian membabitkan penunggang motosikal sebanyak 30%. 

“”Ia membantu mengelak terbabas supaya penunggang tidak kehilangan kawalan motosikal,” kata Pengerusi Miros Dr Wong Shaw Voon ketika dihubungi The Star.

image.png

Sama seperti ABS dalam kereta, ABS dalam motosikal juga berfungsi dengan cara yang sama dalam menghalang roda daripada terkunci, yang seterusnya membolehkan kestabilan dan kawalan yang lebih baik untuk mengelakkan perlanggaran. 

Sistem ini menggunakan penderia pada kedua-dua roda untuk menentukan kelajuan roda dengan tepat dengan menghalang roda daripada mengunci 10 kali setiap saat.

Ini meningkatkan kestabilan motosikal sambil membenarkan penunggang mengawal mesin dengan lebih baik untuk mengelakkannya daripada tergelincir.

Biarpun, ia adalah satu  langkah yang sangat dialu-alukan, namun ada beberapa perkara lain perlu diberi perhatian. 

Pertama, tidak semua motosikal lama boleh dipasang retro dengan ABS, dan amat tidak digalakkan untuk pemilik motosikal mencuba berbuat demikian.

image.png

Selain itu, masih tidak jelas sama ada kerajaan akan mula mengharamkan penggunaan motosikal berkapasiti 150cc dan ke atas yang tidak dilengkapi dengan ABS?

Bercakap sebagai penunggang motosikal yang berpengalaman, penulis berpendapat keberkesanan ABS motosikal sebenarnya banyak bergantung kepada beberapa faktor lain. 

Antaranya seperti kemahiran mengendalikan motosikal, kualiti dan keadaan tayar yang dipasang pada motosikal tersebut.


Gallery

Tag:

Kementerian Pengangkutan
motorcycle ABS
150cc motorcycle ABS Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kerajaan Cuba Perluaskan FLYSiswa Kepada Pelajar IPTS, Akui Sukar Kerana Perlu Peruntukan Tinggi

Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang mencari jalan dan mempertimbangkan untuk memperluaskan inisiatif FLYSiswa kepada pelajar yang memerlukan bantuan di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

05-11-2025
Berita Auto

Syarat Tambahan Lesen Untuk Pemandu Warga Emas Perlu Kajian

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan apa-apa syarat tambahan.

28-11-2024
Berita Auto

LRT Pulau Pinang: Majlis Pecah Tanah Bermula Tahun Depan

Majlis pecah tanah untuk pembinaan Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara dijangka diadakan pada awal tahun depan.

12-11-2024
Berita Auto

Data Dedah Makin Ramai Pilih Pengangkutan Awam – Kementerian Pengangkutan

Penggunaan pengangkutan awam di Lembah Klang mencatatkan peningkatan ketara.

26-08-2024
Berita Auto

Rupanya Sudah Ada Keputusan

Pelaksanaan menaik taraf lesen motosikal bagi kelas B2 kepada B penuh secara automatik akan diumumkan dalam masa terdekat.

30-07-2024
Berita Auto

Ini Dia Kadar Fi Sekarang

Kadar fi untuk mencetak Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) diturunkan daripada RM50 kepada RM20.

02-07-2024
EV

EV Bakal Guna Nombor Plat Khas Tidak Lama Lagi, Wajib Untuk EV Baharu – Anthony Loke

Pembangunan nombor plat khas untuk kenderaan elektrik (EV) kini dalam peringkat akhir.

25-06-2024
Berita Auto

KL Sentral Akan Dibangunkan Semula Bermula Akhir Tahun Ini – Loke

Stesen Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) akan dinaiktaraf bermula hujung tahun ini.

12-05-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026