Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bukan Dicuri, Penduduk Salah Faham

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Satu klip video tular di internet yang menunjukkan sebuah van jenazah berwarna putih dilarikan perompak.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Hulu Langat Selangor semalam.

Namun hasil siasatan mendapati  insiden berkenaan hanyalah salah faham yang berlaku antara penduduk hingga menyebabkan pemandu panik akibat dikejar sekumpulan lelaki.

Difahamkan pemandu van yang tersalah alamat terpaksa melarikan diri selepas dituduh mencuri dan melakukan jenayah pecah rumah yang berlaku di kawasan Kajang, Hulu Langat.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof. 

“Pengadu yang memandu van jenazah ke satu kawasan perumahan di Kajang untuk dihantar kepada seorang mekanik sudah tersalah alamat hingga menyebabkan dia terpaksa memandu perlahan.

“Namun, ia telah menyebabkan salah faham sehingga dia ditahan sekumpulan lelaki yang menuduhnya memandu kenderaan curi dan terbabit kes pecah rumah di kawasan berkenaan.

“Kumpulan lelaki terbabit dikatakan cuba menyerang dan mengejar pemandu itu dengan membawa senjata kayu serta besi, menyebabkan dia melarikan diri bersama van jenazah terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

Malah, hasi semakan mendapati tiada sebarang laporan kes pecah rumah atau kecurian van jenazah dilaporkan, malah nazir sebuah masjid mengakui dia  telah menyerahkan van itu kepada pengadu untuk dibaiki sebelum ini.

Sehubungan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM) 1998 bersabit dengan video tular yang mendatangkan kegusaran kepada orang lain.

Tag:

Van jenazah
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Van Jenazah Kena Rembat, Mujur Dapat Balik

Misteri kehilangan van jenazah milik sebuah pertubuhan kebajikan terungkai apabila kenderaan itu dipercayai dicuri individu yang juga bekas sukarelawan pertubuhan itu sendiri.

16-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026