Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Demi Keselamatan Nyawa, MAM Keluarkan Garis Panduan Untuk Sukan Drag, Motorcross

Suhana Veru

Kongsi melalui

WhatsApp-Image-2024-08-29-at-16.45.49.jpeg

Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) kini telah mengeluarkan garis panduan komprehensif untuk acara perlumbaan drag dan motocross bagi mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan terkawal untuk sukan permotoran yang cukup popular ini.

Garis panduan itu membabitkan aspek pengenalan, perundangan, penguatkuasaan, keselamatan dan pengendalian penganjuran bagi kedua-dua sukan permotoran ini yang telah diluluskan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) .

Presiden MAM, Tan Sri Mokhzani Mahathir berkata, pihaknya sentiasa peka dan meletakkan garis panduan ini keutamaan bagi setiap penganjuran perlumbaan terutamanya drag dan motocross.

Tumpuan kepada keselamatan dan profesionalisme akan memupuk komuniti sukan permotoran yang lebih mampan dan inklusif yang boleh berkembang maju untuk tahun-tahun akan datang.

Dalam perkembangan sama, Kementerian Belia dan Sukan sentiasa memastikan sukan permotoran adalah selamat untuk remaja. 

WhatsApp-Image-2024-08-29-at-16.45.49-(1).jpeg

Garis panduan yang telah diperkenalkan itu bukanlah untuk menambahkan birokrasi atau menghentikan aktiviti tetapi untuk memastikan keselamatan dan membantu industri sukan permotoran untuk mendapat akses yang lebih besar kepada geran KBS pada tahun 2025 nanti.

Langkah ini dibuat selepas MAM mengumumkan untuk membangunkan rangka kerja dalam memastikan kelancaran dan keselamatan penganjuran acara yang dibenarkan. 

Pelaksanaan garis panduan ini dijangka dapat memupuk suasana sukan permotoran yang lebih teratur dan selamat di Malaysia dan dapat mengurangkan risiko kemalangan seterusnya meningkatkan pelaksanaan aktiviti sukan bermotor yang terkawal dan selamat.

Untuk makluman, sukan Drag merupakan sejenis sukan permotoran di mana jentera 4 roda dan 2 roda yang terbahagi kepada dua definasi berbeza iaitu dari segi ujian kepantasan masa dengan catatan berseorangan atau dua jentera dilepaskan dalam satu masa. 

image.png

Perlumbaan ini dilangsungkan dalam suatu litar yang pendek dan lurus dari kedudukan mula, mengikut jarak 201 meter atau 402 meter. 

image.png

Sementara itu, sukan Motocross pula sukan popular yang dianjurkan di litar “off-road” dalam sukan 2 roda. 

Sukan ini menguji kemahiran, kelajuan dan ketangkasan pelumba. Sukan ini melibatkan kategori profesional dan amatur, dan acara diadakan di seluruh dunia untuk pelumba dari semua peringkat.

Garis panduan itu boleh dimuat turun di laman web MAM (www.mam.org.my) dan saluran media sosial. 


Gallery

Tag:

Motorsports Association of Malaysia (MAM)
motorcross
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto

Perlumbaan Drag Tiada Kelulusan, Litar Hanya Untuk Motor Sahaja

Badan yang menyelia aktiviti sukan permotoran di Malaysia, Motorsports Association of Malaysia (MAM) telah mengeluarkan satu kenyataan

20-10-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026