Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Motosikal Tambang Dari Negara Jiran Disita Jika Lebih 2 KM

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Motosikal-Tambang-4.png


Motosikal tambang dimonopoli warga Thailand di kawasan sempadan dalam negara mengganggu periuk nasi pengusaha tempatan. (Foto: Harian Metro)


Motosikal tambang yang datang dari negara jiran kini dihadkan kepada jarak tidak melebihi 2 km sahaja dalam negara ini, menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah.


Tindakan Jika Melepasi Had


Motosikal-Tambang-1.png


Motosikal dari negara jiran. (Foto: Harian Metro)


Mohd Misuari menjelaskan bahawa pihaknya berhak mengambil tindakan menyita kenderaan tersebut jika melepasi jarak 2 km yang dibenarkan. Selain daripada sitaan, pengusaha juga boleh dikenakan saman jika mereka melanggar peraturan yang telah ditetapkan.


“Kita sentiasa membuat pemantauan supaya mereka ini hanya beroperasi dalam jarak yang dibenarkan sahaja mengikut persetujuan di antara Malaysia dan Thailand,”  kata Mohd Misuari.


Dokumen Lengkap Diperlukan


Tambahnya, peraturan JPJ ini khusus untuk motosikal sahaja, di mana setiap motosikal yang memasuki Malaysia perlu memiliki dokumen lengkap mengikut syarat yang ditetapkan. Tindakan tegas akan diambil jika dokumen tidak lengkap. Namun, setakat ini, semua kenderaan yang memasuki negara ini telah mematuhi peraturan dengan dokumen lengkap.


Isu Pengusaha Tempatan


Harian Metro melaporkan bahawa pengusaha motosikal tambang tempatan berhadapan dengan kesulitan kerana hanya mampu mendapatkan dua atau tiada langsung penumpang sehari ekoran kehadiran lebih 100 motosikal tambang dari negara jiran. 


Mereka dikatakan bebas mencari penumpang di hadapan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Rantau Panjang, sehingga menjejaskan pendapatan pengusaha tempatan.


Sumber: Harian Metro

Tag:

Motosikal Tambang
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan
JPJ
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tiada Lagi Istilah 'Nombor Habis' Di Kaunter JPJ Seluruh Negara

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara rasmi telah melaksanakan sistem pemberian nombor giliran tanpa had di semua pejabat dan cawangannya di seluruh Malaysia.

19-02-2026
Berita Auto

Motosikal Roda Tiga, Kenderaan Diubah Suai Haram Di Jalan Raya Tanpa Kelulusan JPJ

Orang ramai terutamanya petani di luar bandar diingatkan agar mendapatkan kelulusan sah daripada JPJ terlebih dahulu sebelum menggunakan kenderaan atau motosikal roda tiga yang telah diubah suai.

25-08-2025
Berita Auto

Maqasid Syariah Jadi Panduan JPJ Dalam Menangani Isu Jalan Raya

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menegaskan komitmennya untuk mempertingkatkan keselamatan jalan raya dengan berlandaskan prinsip maqasid syariah.

17-08-2025
Berita Auto

JPJ Gantung Lesen Pemandu Kenderaan Perdagangan Terlibat Kemalangan

Tiada lagi kompromi, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini akan mengambil langkah tegas dengan menggantung lesen pemandu kenderaan perdagangan.

07-07-2025
Berita Auto

Portal mySIKAP, JPJ Ditutup 8 Jam Bermula Pukul 10 Malam Ini

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan bahawa semua perkhidmatan atas talian mereka akan mengalami gangguan sementara.

04-07-2025
Berita Auto

Servis JPJ 'Mati Sementara' Mula Malam Ini, 20 Hingga 22 Jun

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia memaklumkan akan berlaku gangguan perkhidmatan berjadual di seluruh negara.

20-06-2025
Berita Auto

JPJ Bakal Satukan Modul Kursus Teori Motosikal & Motokar

Kementerian Pengangkutan bakal menyatukan modul Kursus Teori Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01) bagi lesen motosikal dan motokar bermula 1 Ogos.

21-04-2025
Berita Auto

JPJ Bekukan Cuti 2,500 Anggota Sempena Ops Khas Raya 2025

Sempena Aidilfitri, cutis seramai 2,500 pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh Malaysia dibekukan.

20-03-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026