Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tempoh Konsesi Puspakom Tamat 31 Ogos Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Bermula 1 September ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) sudah tidak lagi menjadi badan tunggal yang menjalankan pemeriksaan berkala kenderaan motor yang diwajibkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Perkara itu disahkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Pengumuman itu dibuat susulan tempoh konsesinya tamat pada 31 Ogos ini, yang mana kerajaan melaksanakan mekanisme baharu dengan membenarkan mana-mana syarikat berkelayakan untuk menjalankan tugas dalam skop pemeriksaan kenderaan motor seperti mana dilaksanakan PUSPAKOM ketika ini.

Untuk itu,kerajaan membuka kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengemukakan permohonan sehingga 31 Oktober ini.

"Sebelum ini PUSPAKOM diberi hak eksklusif menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan motor, namun selepas ini mana-mana syarikat berkelayakan boleh menjalankan tugas serupa di bawah Akta 333.

“Bagaimanapun, di bawah mekanisme baharu ini, PUSPAKOM akan menjadi syarikat pertama diberi kuasa untuk menjalankan pemeriksaan ini, maknanya mereka meneruskan operasi sedia kala, cuma kali ini, mereka akan bersaing dengan syarikat lain, tiada lagi hak eksklusif," katanya.

image.png

Setakat ini, pihaknya menerima dua permohonan secara rasmi bagi mendapatkan lesen sebagai operator pemeriksaan kenderaan motor.

"Dalam libat urus yang kita buat sebelum ini, ada 50 syarikat menyatakan minat, namun kita sudah terima dua permohonan rasmi dan sebab itu kita membuka permohonan sehingga 31 Oktober ini.

"Kita mahu melihat berapa banyak syarikat yang mengemukakan permohonan, lagi awal mereka kemuka permohonan, lagi cepat kita buat penilaian dan mengeluarkan lesen," katanya.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026