Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Toyota Yaris Cross Bakal Dilancarkan Di Malaysia Tahun Ini? Apa Yang Boleh Dijangka?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_CariCarz_2023-Toyota-Yaris-Cross_HEV_Thailand_-(3).jpg


Toyota Yaris Cross.


Rakan industri kami di portal automotif tempatan berbahasa Mandarin, AutoMachi.com, mendedahkan bahawa UMW Toyota Motor (UMWT) dijangka akan memperluaskan barisan kenderaan mereka dengan memperkenalkan Toyota Yaris Cross tahun ini.


Spekulasi Masa Pelancaran dan Kemungkinan CKD


web_CariCarz_2023-Toyota-Yaris-Cross_HEV_Thailand_-(6).jpg

web_CariCarz_2023-Toyota-Yaris-Cross_HEV_Thailand_-(5).jpgweb_CariCarz_2023-Toyota-Yaris-Cross_HEV_Thailand_-(7).jpg


Meskipun sumber tidak dinyatakan secara jelas, portal tersebut menjangkakan pelancaran akan berlaku sekitar September hingga Oktober tahun ini. Laporan yang sama turut menyebut bahawa SUV crossover ini akan dipasang secara tempatan (CKD), berkemungkinan di kilang UMWT di Bukit Raja, yang turut memasang model Veloz dan Vios.


Skandal Daihatsu


Perkembangan ini menarik perhatian selepas isu skandal Daihatsu yang turut menjejaskan Perodua. Skandal ini berpunca daripada salah laku dalaman berkaitan ujian kemalangan yang melibatkan model berasaskan platform DNGA.


Sekiranya laporan ini benar, SUV crossover bersaiz sederhana yang dibangunkan berdasarkan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) ini dijangka bakal tiba di bawah jenama Toyota terlebih dahulu sebelum kehadiran kembarnya di bawah jenama Perodua iaitu D66B atau 'Nexis' yang dilaporkan sebelum ini.


Jangkaan Harga Jualan


web_CariCarz_2023-Toyota-Yaris-Cross_HEV_Thailand_-(4).jpg


Laporan tersebut turut meramalkan bahawa model Toyota ini mungkin akan memasuki pasaran tempatan dengan harga permulaan sekitar RM100,000 memandangkan ia merupakan model CKD seperti yang dikatakan tadi. Namun ini juga bergantung kepada keadaan ekonomi global dan serantau semasa.


Dimensi dan Reka Bentuk


web_CariCarz_2023-Toyota-Yaris-Cross_HEV_Thailand_-(2).jpg


Yaris Cross yang dibangunkan khusus untuk pasaran ASEAN, mempunyai panjang 4,310 mm, lebar 1,770 mm, tinggi 1,615 mm, jarak roda 2,620 mm serta jarak kelegaan tanah 210 mm. 


Ini bermaksud Yaris Cross berdiri lebih besar berbanding Perodua Ativa/Toyota Raize/Daihatsu Rocky yang menggunakan platform sama.


Pilihan Enjin dan Teknologi Hibrid


web_CariCarz_2023-Toyota-Yaris-Cross_HEV_Thailand_-(15).jpgweb_CariCarz_2023-Toyota-Yaris-Cross_HEV_Thailand_-(16).jpg


AutoMachi.com juga menyatakan bahawa UMWT akan menawarkan Yaris Cross di pasaran tempatan dengan dua pilihan rangkaian kuasa petrol termasuk satu enjin pembakaran dalaman (ICE) dan satu lagi versi hibrid (HEV). Model ini juga dipasarkan di Thailand dan Indonesia dengan kedua-dua pilihan rangkaian kuasa tersebut.


Bagi versi ICE, ia dilengkapi dengan enjin 1.5 liter 4 silinder yang menghasilkan 104 hp dan 138 Nm serta dipadankan dengan transmisi automatik CVT. Sementara itu, versi hibrid (HEV) menggunakan gabungan enjin 1.5 liter 4 silinder dengan motor elektrik dan bateri bersama transmisi e-CVT, memberikan output sebanyak 109 hp dan 138 Nm.


Kedua-dua pilihan ini diakui oleh Toyota sebagai rangkaian kuasa yang rendah emisi (karbon), efisien dan menawarkan operasi yang lancar serta prestasi yang baik tanpa mengorbankan ekonomi bahan api untuk perjalanan jauh. Berbeza dengan Ativa/Raize/Rocky yang lebih kecil, Yaris Cross dijangka menawarkan ruang bagasi yang lebih besar dengan kapasiti 390 liter.


Teknologi dan Ciri Keselamatan yang Ditawarkan


web_CariCarz_2023-Toyota-Yaris-Cross_HEV_Thailand_-(14).jpg

web_CariCarz_2023-Toyota-Yaris-Cross_HEV_Thailand_-(17).jpgweb_CariCarz_2023-Toyota-Yaris-Cross_HEV_Thailand_-(19).jpg


Selain itu, Yaris Cross juga dijangka akan dilengkapi dengan ciri-ciri seperti sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, serta pelbagai ciri Sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADAS) melalui pakej Toyota Safety Sense (TSS). Ciri-ciri ini dijangka akan didatangkan sebagai kelengkapan standard dalam Yaris Cross.


Pelancaran Rasmi


web_CariCarz_2023-Toyota-Yaris-Cross_HEV_Thailand_-(9).jpg


Buat masa ini, ramalan mengenai harga dan tarikh pelancaran masih boleh didedahkan. Kita nantikan pengumuman daripada pihak UMWT sendiri menjelang masa pelancarannya kelak. 

Sumber: AutoMachi.com

web_CariCarz_2023-Toyota-Yaris-Cross_HEV_Thailand_-(1).jpg

Tag:

UMW Toyota Motor (UMWT)
UMWT
Toyota Yaris Cross
Toyota Yaris
Yaris Cross CKD
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

06-02-2026
Kereta Baru

12-01-2026
Kereta Baru

10-01-2026
Kereta Baru

09-01-2026
Berita Auto

06-01-2026
Berita Auto

22-12-2025
Pandu Uji

18-12-2025
Berita Auto

04-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026
Berita Auto

Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Detik cemas menyelubungi sebuah keluarga apabila SUV yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam gaung sedalam 15 meter di sebuah ladang teh.

25-02-2026
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026