- Berita
- Berita Auto
- Diskaun Saman Trafik 50% Sempena Program Madani Zon Sarawak 27-29 Sept, Ini Lokasinya...
Diskaun Saman Trafik 50% Sempena Program Madani Zon Sarawak 27-29 Sept, Ini Lokasinya...

Sempena Program Madani Rakyat 2024 Zon Sarawak yang akan diadakan dari 27 hingga 29 September 2024 di Pekarangan Boulevard Mall, Miri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan tawaran pengurangan bayaran saman trafik sehingga 50% untuk kesalahan terpilih.
Kaunter Bayaran Diskaun Saman
Kaunter khas bagi pembayaran saman dengan diskaun ini akan dibuka dari jam 9 pagi hingga 4 petang sepanjang program berlangsung. Ini adalah peluang terbaik bagi orang ramai yang ingin menyelesaikan tunggakan saman dengan kadar diskaun yang lebih berpatutan.
Saman Yang Tidak Layak Menerima Diskaun

Walau bagaimanapun, PDRM menjelaskan bahawa diskaun saman ini tidak terpakai bagi beberapa kesalahan tertentu. Antaranya termasuklah saman melibatkan lampu isyarat merah, penggunaan lorong kecemasan, memotong secara berbahaya, serta memotong di garisan kembar.
Selain itu, saman kemalangan, saman Non Compound (NC), saman yang memerlukan bicara mahkamah, saman melibatkan lori, ubahsuai ekzos dan saman Ops Selamat tahun semasa juga tidak layak menerima diskaun.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv