Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kerana Tong Sampah, Ibu Hilang 2 Anak Serentak Dalam Perjalanan Ziarah Kubur Suami

Sofea Najmi

Kongsi melalui

TONG-SAMPAH-RAGUT-NYAWA-2-BERADIK-2.jpeg


Hanya 10 bulan selepas kematian suami, seorang ibu kini kehilangan dua anak secara serentak selepas motosikal yang dinaiki dua beradik untuk menziarahi pusara bapa terlibat dalam kemalangan.  


Tragedi menyayat hati tersebut berlaku semalam pada jam 6.15 petang di Jalan Lebuh SPA berdekatan Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka. 


TONG-SAMPAH-RAGUT-NYAWA-2-BERADIK-6.jpgTONG-SAMPAH-RAGUT-NYAWA-2-BERADIK-5.jpg


Dalam kejadian itu, Muhammad Amirul Hazlin,18, dan adiknya Nur Afiqah Sofea, 5, disahkan meninggal dunia semasa dirawat di Zon Merah Hospital Melaka pada jam 7.40 malam, Isnin dan 12.30 pagi, Selasa. 


Detik-detik kejadian disaksikan sendiri oleh ibu kepada anak sulung dan bongsu daripada tiga beradik itu, Norizan Ujak, 40, yang menunggang motosikal lain dari belakang. 


TONG-SAMPAH-RAGUT-NYAWA-2-BERADIK-1.jpeg


Kemalangan tersebut dikatakan berpunca daripada sebuah tong sampah roro besar yang diletakkan di bahu jalan. 


Mangsa yang sedang menunggang motosikal tidak menyedari kehadiran tong sampah tersebut sebelum melanggarnya. 


"Impak kemalangan itu kedua-dua mangsa cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan lanjut di zon merah.


"Namun doktor mengesahkan Muhammad Amirul meninggal dunia pada jam 7.40 malam diikuti adiknya kira-kira 12.30 pagi tadi," kata Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit. 


Pihak polis telah mengesan pemilik tong sampah tersebut dan juga saksi lain yang berada di tempat kejadian. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sumber: Sinar Harian 

Tag:

Tong Sampah Roro
kemalangan maut
Kemalangan Melaka
Berita Semasa
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya

Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya

Geng basikal dinasihatkan berhati-hati mengayuh basikal di jalan besar.

21-08-2026
Berita Auto
Bahana Langgar Lampu Merah, Nyawa 3 Sekeluarga Melayang

Bahana Langgar Lampu Merah, Nyawa 3 Sekeluarga Melayang

Tragedi Maju Junction: Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori Imigresen.

19-08-2026
Berita Auto
Kemalangan Maut Di Sedenak

Kemalangan Maut Di Sedenak

Aliran trafik di lokasi kejadian lumpuh.

23-06-2026
Berita Auto
Nahas KLK: 4 Maut Angkara Pemandu Treler  "Lalok"

Nahas KLK: 4 Maut Angkara Pemandu Treler "Lalok"

Tragedi Berdarah Lebuhraya Karak: Pemandu Treler Ditahan, Positif Dadah

15-06-2026
Berita Auto
Tragedi Jalan Raya: 6 Maut Dalam Nahas Proton X50, Lori Tanah

Tragedi Jalan Raya: 6 Maut Dalam Nahas Proton X50, Lori Tanah

Tak Sempat Elak: 6 Terkorban Pertembungan Proton X50 & Lori Tanah.

08-06-2026
Berita Auto
Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026