Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton Anjur Cabaran Kajian Untuk Pelajar Universiti

Suhana Veru

Kongsi melalui

_DSC8577-1.jpg

Pengeluar kereta nasional PROTON melancarkan Cabaran Kajian Kes Perniagaan yang melibatkan 300 pelajar dari enam universiti awam dan swasta di Malaysia.

Program itu diadakan untuk mengembangkan  kumpulan pekerjanya melalui program Proton Young Talent (PYT).

Program ini  memerlukan peserta merumuskan dan membentangkan penyelesaian terbaik kepada kajian kes perniagaan dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan menggunakan analisis data, pertimbangan perniagaan, dan inovasi.

_DSC8632-1-(1).jpg

Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON, Dr. Li Chunrong berkata, cabaran kajian itu akan berjalan selama tiga bulan dan ia sudah pun bermula pada bulan ini.

“Komitmen kami untuk bekerjasama dengan pelbagai universiti dan persatuan pelajar mencerminkan dedikasi kami dalam memupuk bakat muda di negara ini. 

_DSC8627-1.jpg

“Dengan mengembangkan inisiatif kami untuk mencapai lebih banyak negeri tahun depan, kami bertujuan untuk memperkasakan generasi akan datang sebagai professional automotif, menawarkan mereka peluang melalui program PYT dan latihan industri,” katanya.

Kesemua enam universiti, yang terdiri daripada 60 kumpulan pelajar – termasuk Universiti DRB-HICOM Automotif Malaysia di Pahang dan Universiti Malaya di Kuala Lumpur – telah dipilih berdasarkan latar belakang yang kukuh dalam kursus berkaitan kejuruteraan dan potensi sumbangan mereka kepada masa depan industri automotif.

Proses penilaian akan dijalankan secara berperingkat hingga November tahun ini, dengan ketua bahagian dari PROTON akan memberi pembentangan di beberapa universiti.

Cabaran perniagaan dinilai berdasarkan tujuh kriteria pemarkahan, iaitu pengenalpastian isu, analisis mendalam, kebolehlaksanaan dan rasional, pemikiran inovatif dan kreatif, aplikasi pengetahuan dan teori akademik, organisasi pasukan, serta kehadiran pentas dengan penimbangan yang berbeza. 

Pemenang tempat pertama di peringkat universiti akan menerima hadiah tunai RM2,000, manakala juara di peringkat akhir akan membawa pulang hadiah tunai RM5,000. 

Pemenang tempat pertama dari semua universiti akan bertanding di peringkat akhir, yang akan diadakan di Lembah Klang pada November ini.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026