Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Punca Kenderaan Tersadai, Kos Penyelenggaran Tinggi

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Lebih  1,500 kenderaan tersadai di Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Itu kata unit Media Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan menyifatkan  jumlah itu berdasarkan penelitian pihaknya di 64 PA dan PPR.

Rata-rata kenderaan yang tersadai itu terdiri daripada kereta dan motosikal. 

image.png

"Antara penyebab kenderaan dibiarkan tersadai di kawasan PA dan PPR adalah kerana kos penyelenggaraan yang tinggi, kenderaan terlalu usang, pemilik meninggal dunia atau berpindah ke tempat lain, pemilik kurang kesedaran dan tidak bertanggungjawab serta mempunyai masalah dari segi dokumentasi," katanya.

Bagi menyelesaikan masalah lambakan kenderaan tersadai, DBKL sudah pun mengeluarkan notis kompaun kepada pemilik kenderaan.

image.png

Namun jika masih gagal mengalihkan kenderaan selepas tempoh notis tamat, tindakan tunda kenderaan akan diambil.

Malah, sekiranya pemilik gagal menuntut kenderaan dalam tempoh ditetapkan, tindakan pelupusan seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 116 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 akan dilaksanakan.

"Setiap tindakan penguatkuasaan menunda kenderaan buruk tersadai di PA dan PPR adalah berdasarkan kepada aduan yang diterima daripada Badan Pengurusan Bersama (JMB) serta penduduk setempat menerusi pelbagai saluran," katanya.


Gallery

Tag:

PPR
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

“Penduduk PPR Ini Cecah 8,000, Parkir Hanya 1,200, Mana Janji DBKL?” – Penduduk PPR KL

Sudahlah ruang parkir terlalu terhad untuk penduduk yang ramai, malah disaman lagi oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

07-11-2022

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026