Link Copiedcheck_circle
EV

Zeekr 7X: Satu Lagi Pencabar Tesla Model Y Tapi Mampukah Cabar Tesla

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas beberapa imej  teaser didedahkan pada awal bulan lepas,  jenama mobiliti elektrik premium di bawah naungan Geely, Zeekr 7X akhirnya didedahkan secara umum pada Chengdu Motor Show 2024 yang diadakan baru-baru ini.

Zeekr 7X dikatakan antara pencabar Tesla Model Y selain merupakan model SUV bersaiz sederhana Zeekr yang pertama.

Zeekr 7x dikatakan seteru dengan Model Y disebabkan persamaan mereka dari segi dimensi.

image.png

Ini kerana  Zeekr 7X berukuran 4,825 mm (panjang) , lebar 1,930 mm, tinggi 1,666 mm manakala  jarak antara roda pula sekitar 2,925 mm.

Menjengah reka bentuknya, Zeekr 7X dilihat menampilkan gaya badan SUV sama seperti Model Y.

Selain itu, ia turut didatangkan dengan skrin paparan LCD interaktif Stargate di bahagian hadapan yang bertindak sebagai unit lampu utama kereta, lampu belakang LED lebar jenis penuh manakala pemegang pintu jenis tersembunyi.

image.pngimage.png

Antara kelengkapan lain ialah, ia dipadankan dengan roda aloi bersaiz 19 dan 20 inci namun  ia bergantung kepada varian.

Dikhabarkan, jentera ini agak besar sedikit kerana Zeekr 7X menawarkan kabin yang cukup luas selain didatangkan dengan pelbagai ciri teknologi yang canggih.

Tidak ketinggalan, paparan infotainmen yang dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon 8295 serta dipadankan dengan instrumen digital yang lebih kecil. 

image.pngimage.png

Turut hadir di sini ialah stereng empat jejari dengan penukar gear di sebelah kanan selain terdapat juga  pengecas wayarles dan petak storan tambahan di konsol tengah.

Zeekr 7X juga hadir dengan susun atur tempat duduk dua baris selain menampilkan sehingga 32 ruang penyimpanan  manakala ruang but standardnya adalah berukuran 616 liter.

Di bahagian tempat duduk belakang pula, penumpang disediakan dengan skrin infotainmen yang khas untuk mereka namun ciri ini dikatakan hanya ada pada varian teratas.

image.png

Selain itu, semua tempat duduk belakang jenis  berventilasi, manakala model empat tempat duduk berspesifikasi tinggi mendapat panel kawalan khusus di perehat letak tangan di bahagian tengah. 

Bagi menaikkan seri jentera ini, ia juga hadir dengan   bumbung kaca panoramik yang cukup luas .

Sementara itu, berdasarkan trenkuasanya,  Zeekr 7X hadir dalam versi RWD dan AWD (motor berkembar).

Versi RWD mampu menghasilkan kuasa setakat  310 kW (415 hp), manakala varian AWD pula mampu menghamburkan kuasa yang lebih tinggi iaitu  sebanyak 475 kW ( 637 hp)

image.png

Berdasarkan pecutannya pula, Zeekr 7X AWD boleh memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam hanya 3.8 saat, sekali gus meletakkannya setanding dengan Tesla Model Y Performance AWD berspesifikasi tinggi.

Menyentuh mengenai baterinya,  ,  Zeekr 7X berkongsi seni bina PMA2+ 800 volt yang sama seperti Zeekr 007. 

Ia disumbat dengan bateri berkapasiti  75-kWj yang menggunakan teknologi bateri Golden Brick dimana ia memberi jarak gerak sejauh 605 kiloter (berdasarkan kiraan CLTC).

Memandangkan,  teknologi bateri digelar sebagai pengecasan terpantas di dunia, Zeekr mendakwa bateri Golden Bricknya boleh dicas dari 10-80% hanya dalam masa 10.5 minit.

image.png

Akhir sekali, penghantaran untuk Zeekr 7X dijadualkan akan bermula pada hujung September ini. Setakat ini, belum ada butiran harga namun Zeekr 7X akan turut dijual di beberapa pasaran lain menjelang tahun  2025 nanti.

Gallery

Tag:

Zeekr
Zeekr 7X EV SUV
Zeekr 7X
#geely
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Zeekr Malaysia Bakal Dominasi 2026? 3 Model Baharu, SUV 1,400 HP, CKD

Zeekr Malaysia Bakal Dominasi 2026? 3 Model Baharu, SUV 1,400 HP, CKD

Zeekr Malaysia mengesahkan rancangannya untuk melancarkan tiga model baharu sepanjang tahun 2026.

13-02-2026
EV
Stok 2025 Dah Licin! Zeekr 7X Kini Dari RM182,800, Lebih Tinggi, Tapi Masih Berbaloi?

Stok 2025 Dah Licin! Zeekr 7X Kini Dari RM182,800, Lebih Tinggi, Tapi Masih Berbaloi?

Zeekr Malaysia secara rasmi telah mengumumkan harga terkini bagi model SUV elektrik Zeekr 7X bagi tahun 2026.

09-02-2026
Global
Imej Rasmi SUV Zeekr 8X PHEV Didedahkan, Bakal Dilancar Separuh Pertama Tahun 2026

Imej Rasmi SUV Zeekr 8X PHEV Didedahkan, Bakal Dilancar Separuh Pertama Tahun 2026

Zeekr, telah menyiarkan beberapa imej rasmi SUV hibrid plug-in (PHEV) terbaharunya, Zeekr 8X.

22-01-2026
EV
Spek Zeekr 8X Didedahkan, Bateri 70kWj, Gerak EV 328KM
Global
Imej Teaser Zeekr 8X PHEV Didedah, Bakal Dilancarkan Tahun Ini

Imej Teaser Zeekr 8X PHEV Didedah, Bakal Dilancarkan Tahun Ini

Jenama NEV premium dari China, Zeekr, mendedahkan imej teaser SUV PHEV berprestasi tinggi terbaharunya, yang dikenali sebagai Zeekr 8X.

06-01-2026
Berita Auto
Siti Nurhaliza, Pemilik Zeekr 7X Yang Ke-2,000

Siti Nurhaliza, Pemilik Zeekr 7X Yang Ke-2,000

Penyanyi nombor satu di Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi pemilik Zeekr 7X yang ke-2,000 baru-baru ini.

22-12-2025
Teknologi
Zeekr Lancar Kempen Pengumpulan Dana Untuk Naik Taraf Teknologi Bantuan Pemandu Canggih

Zeekr Lancar Kempen Pengumpulan Dana Untuk Naik Taraf Teknologi Bantuan Pemandu Canggih

Jarang kita dengar pengeluar kereta yang telah membina empayar gah menggunakan pembiayaan awam (crowdfunding) untuk pembangunan teknologi.

26-11-2025
EV
Zeekr 7X Generasi Seterusnya Didedahkan – Cecah 784 HP,  Capai 802 KM, Cas Hanya 10 Minit!

Zeekr 7X Generasi Seterusnya Didedahkan – Cecah 784 HP, Capai 802 KM, Cas Hanya 10 Minit!

Walaupun baru sahaja membuat kemunculan sulung di Malaysia beberapa bulan lalu, model Zeekr 7X sudah pun ‘melalui evolusi’ besar-besaran di China.

23-10-2025

Berita Terkini

EV
Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV
4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV
Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV
Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di  Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV
Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026
EV
Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.

13-03-2026
EV
Tak Cukup Tanah Nak Deliver! Sebab Terlalu Laku, Proton e.MAS 5 Lanjut Lagi Rebat RM500 Tanda Terima Kasih

Tak Cukup Tanah Nak Deliver! Sebab Terlalu Laku, Proton e.MAS 5 Lanjut Lagi Rebat RM500 Tanda Terima Kasih

Proton e.MAS 5 meraiakn pencapaian 5,000 Unit dengan dengan melanjutkan rebat Raya istimewa sebanyak RM500 bagi semua tempahan yang dibuat antara 31 Oktober 2025 hingga 23 Mac 2026.

11-03-2026
EV
Tak Sempat Habis Kopi, Bateri Dah 60%! Gentari Lancar Pengecas 200kW Di Penchala Link

Tak Sempat Habis Kopi, Bateri Dah 60%! Gentari Lancar Pengecas 200kW Di Penchala Link

Pengguna Kenderaan Elektrik (EV) boleh menarik nafas lega kerana anda tidak perlu menunggu berjam-jam untuk mengecas kenderaan elektrik (EV) memandangkan Gentari dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah melancarkan hab pengecas kenderaan elektrik (EV) antara bandar berkelajuan tinggi

06-03-2026