Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Cycle & Carriage Cheras Kini Pamer Jenama Peugeot & Mercedes-Benz Di Bawah Satu Bumbung

Sofea Najmi

Kongsi melalui

C&C-Cheras-PEUGEOT-Showroom-Launch---7.jpg


Pengedar kereta premium tempatan, Cycle & Carriage, minggu ini telah merasmikan cawangan di Jalan Cheras (Cycle & Carriage Cheras) yang telah dinaiktaraf. Cawangan itu kini turut mempamerkan model kereta daripada jenama Peugeot, selain Mercedes-Benz, memberikan lebih banyak pilihan kepada para pelanggan yang datang. 


Bilik pameran yang diperbaharui itu dirasmikan awal minggu ini, dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Cycle & Carriage, Thomas Tok, Pengarah Urusan Stellantis Malaysia, Jamie Francis Morais, Ketua Pegawai Operasi Stellantis ASEAN, Daniel Gonzalez, serta Ketua Pegawai Eksekutif Peugeot, Linda Jackson.


C&C-Cheras-PEUGEOT-Showroom-Launch---3.jpgC&C-Cheras-PEUGEOT-Showroom-Launch---5.jpg


Pelbagai Model Peugeot Dipamerkan


Sebagai makluman, Cycle & Carriage telah menandatangani perjanjian dengan Stellantis Malaysia awal tahun ini untuk menjadi pengedar sah Peugeot. Semasa pengumuman awal tersebut, Cycle & Carriage merancang untuk membuka bilik pameran dan pusat servis Peugeot melalui rangkaian sedia ada mereka.


Penambahbaikan secara besar-besaran yang dilakukan ke atas cawangan Cycle & Carriage Cheras ini menyaksikan ruang pameran di tingkat satu kini khas untuk jenama Peugeot dengan keluasan 4,655 kaki persegi. Di sini, pelanggan dapat melihat pelbagai model Peugeot yang terkini seperti 2008, 3008, 5008 dan model terbaru, 408.


C&C-Cheras_-(4).jpgC&C-Cheras-PEUGEOT-Showroom-Launch---6.jpg


Semasa majlis pembukaan bilik pameran ini, Thomas Tok berkata, “Kami percaya pelanggan sedia ada dan yang akan datang akan menerima lebih banyak manfaat dan boleh mengakses pelbagai produk berkualiti dan perkhidmatan terbaik dengan lebih mudah.”


Jamie Francis Morais dari Stellantis Malaysia menambah, “Cawangan baharu ini, dan juga lebih banyak lagi [cawangan lain] yang akan datang, mencerminkan komitmen kumpulan ini dalam menyediakan perkhidmatan terbaik dan memberi akses serta pengalaman lebih luas untuk jenama Peugeot.”


Promosi Eksklusif Peugeot di Cycle & Carriage


C&C-Cheras-PEUGEOT-Showroom-Launch---2.jpg


Sempena pelancaran bilik pameran Peugeot di Cycle & Carriage Cheras, pelbagai promosi eksklusif ditawarkan. Antaranya adalah termasuk diskaun sehingga RM40,000 untuk model 3008, RM42,000 untuk 5008, dan sehingga RM30,000 untuk Landtrek.


Selain itu, setiap pembelian kenderaan daripada Cycle & Carriage sepanjang tempoh promosi ini adalah termasuk penyelenggaraan percuma selama lima tahun untuk alat ganti. Manfaat ini merupakan tambahan kepada jaminan selama tujuh tahun atau 200,000 km bagi semua model Peugeot kecuali Landtrek (jaminan lima tahun atau 150,000 KM).


C&C-ROADSHOW-4.jpgweb_MA_CariCarz_Leapmotor-C10-Preview_-54.jpg


Promosi ini juga ditawarkan semasa roadshow Peugeot yang sedang berlangsung di Sunway Geo Avenue sehingga 16 November ini. Menariknya, roadshow ini turut menyaksikan Cycle & Carriage memperkenalkan jenama baharu dari Stellantis Malaysia, Leapmotor. Cycle & Carriage sebelum ini memberi bayangan bahawa mereka berhasrat untuk mengambil lebih banyak jenama di bawah Stellantis Malaysia. 


C&C-ROADSHOW-2.jpg

Tag:

Cycle & Carriage
Cycle & Carriage Cheras
Cycle & Carriage Cheras Peugeot
C&C
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Gandingan Dua Gergasi: Kia Malaysia Lantik Cycle & Carriage Sebagai Pengedar Baharu

Kia Sales Malaysia lantik Cycle & Carriage sebagai pengedar sah, perkukuh rangkaian jualan.

08-05-2026
Berita Auto

C&C Mercedes-Benz Batu Caves Berwajah Baharu – Lebih Canggih & Mesra Pelanggan

Cycle & Carriage (C&C), salah satu pengedar automotif tertua dan terbesar di Malaysia, telah merasmikan semula Pusat 2S Mercedes-Benz Batu Cave.

15-05-2025
Berita Auto

C&C Anjur Acara Jelajah Pertama Peugeot – Diskaun Hingga RM42,000!

Cycle & Carriage menganjurkan jerayawara (roadshow) jenama Peugeot selama dua bulan, sehingga 16 November ini.

06-10-2024
Berita Auto

Cycle &Carriage Bakal Edar Kereta Stellantis, Mula Dengan Peugeot

Stellantis Malaysia mengorak setapak ke hadapan apabila syarikat itu memeterai kerjasama dengan pengedar jenama Mercedes-Benz, Cycle & Carriage.

01-08-2024
Berita Auto

Cycle & Carriage Rasmi Pembukaan Pusat 2S Sungai Pinang

Cycle & Carriage baru-baru ini melancarkan autohaus ke-12 di Malaysia, Cycle & Carriage Sungai Pinang.

02-07-2024
Berita Auto

Cycle & Carriage Mutiara Damansara Diiktiraf Pengedar Automotif Paling Lestari

Cycle & Carriage Mutiara Damansara, telah menerima Pengiktirafan Perak GreenRE.

19-09-2023
Berita Auto

Pusat Badan & Cat C&C Glenmarie Terima Akredasi Tertinggi Mercedes-Benz

Pusat servis Cycle And Carriage (C&C) Mercedes-Benz di Glenmarie telah ditingkatkan kepada status akreditasi tertinggi Mercedes-Benz.

05-05-2023
Berita Auto

Pusat Badan & Cat C&C Glenmarie Terima Akredasi Tertinggi Mercedes-Benz

Pusat servis Cycle And Carriage (C&C) Mercedes-Benz di Glenmarie telah ditingkatkan kepada status akreditasi tertinggi Mercedes-Benz.

05-05-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026