Link Copiedcheck_circle
EV

EV Comel ORA Good Cat Kini Murah RM26,000, Insurans Percuma – Promosi Oktober

Sofea Najmi

Kongsi melalui

ORA-Good-Cat-New-Promo-October-2024.jpg


Promosi istimewa ini hanya ditawarkan sepanjang Oktober. 


Sempena penghujung tahun ini, Great Wall Motor (GWM) Malaysia mengadakan promosi istimewa untuk model kenderaan elektrik (EV) yang comel, ORA Good Cat, sepanjang bulan Oktober.


Baca: GWM ORA Good Cat Raih 97% Green NCAP – EV Comel Paling Mesra Alam


Tawaran Menarik untuk Pemilik EV Baharu


Pembeli ORA Good Cat sepanjang bulan ini dapat menikmati pakej promosi yang memudahkan peralihan kepada EV. Pakej tersebut merangkumi pemasangan pengecas AC di rumah secara percuma, servis percuma selama lima tahun yang termasuk alat ganti dan upah, serta insurans komprehensif kenderaan secara percuma pada tahun pertama.


web_REMASTERED_review_GWM-ORA-GOOD-CAT_-49.jpg


Menurut Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi, "Kempen ini diperkenalkan untuk menyuntik keterujaan kepada mereka yang mempertimbangkan peralihan kepada kenderaan elektrik. Dengan faedah-faedah ini, kami dapat menjadikan peralihan kepada EV lebih menarik dan praktikal."


Dua Varian Pada Harga Lebih Rendah


web_REMASTERED_review_GWM-ORA-GOOD-CAT_-44.jpg


ORA Good Cat ditawarkan dalam dua varian di Malaysia iaitu 400 Pro dan 500 Ultra, kini masing-masing pada harga terbaru iaitu RM113,800 dan RM143,800, lebih rendah berbanding harga pelancaran pada 2022 iaitu RM139,800 dan RM169,800.


Baca: Lumga Design Mampu Ubah Ora Good Cat Macam Porsche


Varian 400 Pro dilengkapi dengan bateri berkapasiti 47.788 kWj yang menawarkan jarak pemanduan 310 km (WLTP) manakala 500 Ultra menggunakan bateri 63.139 kWj dengan jarak 420 km (WLTP). Kedua-dua varian ini menggunakan motor elektrik berkuasa 143 hp dengan tork 210 Nm.


Warna Menarik dan Ciri Premium


GWM-EV-CONVOY-PHOTO-2-01.jpg


ORA Good Cat hadir dengan enam pilihan warna yang elegan. Salah satu ciri menarik yang ditawarkan ialah tempat duduk pemandu boleh laras dengan fungsi urutan. ORA Good Cat juga dilengkapi pakej keselamatan ADAS Tahap 2.


Jangan lepaskan peluang untuk memiliki ORA Good Cat pada harga promosi dan dengan faedah tambahan ini sepanjang Oktober!


Baca: Ora Good Cat Kecil Tapi Padu, Boleh Jelajah Luar Negara

Tag:

Great Wall Motor (GWM) Malaysia
Great Wall Motor (GWM)
ora good cat
EV Kompak
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto
Pandu Uji

17-05-2023
Berita Auto

15-05-2023
Kereta Baru

04-05-2023
Global

20-02-2026
Berita Auto

11-02-2026
Global

Berita Terkini

EV

Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah

Lotus Emeya R Catat Rekod Pusingan EV Terpantas di Litar Sepang.

20-07-2026
EV

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV