Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Honda Day M'sia 2024: Kes Hadiah Cabutan Bertuah Berupa Honda Accord Uzur Sudah Ditukar Dengan BMW

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Acara Honda Day Malaysia 2024 menjadi bualan hangat di media sosial apabila  tular mengenai pemenang hadiah utama cabutan bertuah membawa pulang sebuah kereta Honda Accord SM4 keluaran 1992.

Gara-gara perkara itu kecoh, difahamkan,  pihak penganjur Honda Day Malaysia (2024) telah menggantikan hadiah cabutan bertuah utama Honda Accord SM4 dengan BMW F30.

Penghantaran kereta itu dilakukan menerusi siaran langsung akaun rasmi TikTok group berkenaan.

Dalam pada itu, pihak penganjur yang dikenali sebagai Rey Ampang turut memohon maaf atas perkara yang berlaku.

“Lagi sekali saya dan semua crew Honda Day Malaysia memohon ampun dan maaf kepada semua pihak dan saya harap agar semua pihak bagi sedikit ruang untuk kami perbetulkan kesilapan dan kelemahan saya,” tulisnya di akaun Facebook.

image.png

Untuk makluman anda, Honda Day 2024 diadakan  di Litar Antarabangsa Sepang Petronas (PETRONAS SIC) pada Sabtu lalu.

Sudah menjadi lumrah, bagi mana-mana peserta yang ingin menyertai acara cabutan bertuah itu, mereka perlu membeli baju acara terbabit dengan harga RM80 sehelai dan beg RM10.

Sebaliknya, ramai yang beranggapan  acara yang menghimpunkan ramai pemilik kenderaan jenis Honda mampu menyediakan hadiah seperti Honda Civic FN terbaharu.

Namun ramai yang kecewa apabila acara yang dikatakan berjaya menjual lebih 8,000 helai baju itu hanya menyediakan Honda Accord uzur berharga RM3,500. 


Gallery

Tag:

Honda Day
Honda Accord SM4
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026