Link Copiedcheck_circle
Global

Mitsubishi Dedah Teaser Konsep SUV 7 Tempat Duduk

Sofea Najmi

Kongsi melalui

thumb_Mitsubishi-PIMS-2024-concept-teaser.jpg


Mitsubishi Motors bakal memperkenalkan model konsep SUV tujuh tempat duduk yang baharu. Model konsep ini dijadualkan membuat penampilan sulung di Pameran Motor Antarabangsa Filipina (PIMS 2024) bulan ini. Terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa model tersebut akan menggunakan nama 'Pajero Sport'. 


Diinspirasikan daripada Rekaan XForce


Mitsubishi-New-Compact-Crossover-1.jpgMitsubishi-New-Compact-Crossover-2.jpg

Mitsubishi XForce


Berdasarkan gambar yang dikeluarkan, jelas bahawa kereta konsep SUV ini banyak mengambil inspirasi rekaan daripada XForce, crossover kompak Mitsubishi yang menjadi pesaing kepada Honda HR-V dan Toyota Corolla Cross. 


post26230_2.jpgpost26230_1.jpg


Pelbagai sudut model konsep ini kelihatan hampir sama dengan XForce seperti tiang C tebal  (kiri) dan sudut hadapannya (kanan)


Antara ciri yang menyerlah adalah termasuk lampu LED berbentuk T, garis lengkungan bonet, serta dapra lebar (fender flare) belakang.


Ada juga kemungkinan bahawa model konsep ini adalah versi baharu berdasarkan model XForce, namun direka khas sebagai sebuah model tempat duduk tiga baris. Memperkuatkan lagi ‘spekulasi’ ini adalah rekaan tiang C yang yang mirip model tersebut. Gril pula kelihatan seperti diambil daripada model Outlander. 


Jika spekulasi ini benar, Mitsubishi mungkin sedang bersiap sedia untuk melahirkan pesaing kepada model Honda BR-V yang juga sebuah SUV crossover dengan tujuh tempat duduk. 


Filipina Penting dalam Operasi Global Mitsubishi


Pemilihan Filipina sebagai lokasi pengenalan model ini memberi petunjuk tentang kepentingan negara tersebut dalam operasi global Mitsubishi. 


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Filipina, Ritsu Imeda berkata, "Model konsep baharu ini mencerminkan visi Mitsubishi Motors dalam menyediakan kenderaan berkualiti tinggi kepada rantau ASEAN, dan kami teruja untuk mempamerkannya buat kali pertama di Filipina.”


Bakal Dilancarkan di Pasaran Malaysia?


Memandangkan model tujuh tempat duduk seperti Xpander berjaya mendapat tempat dalam hati ramai rakyat Malaysia, tidak mustahil Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akan mempertimbangkan untuk membawa masuk model ini ke pasaran tempatan. 


Maklumat lanjut mengenai model konsep ini dijangka diumumkan semasa PIMS 2024 yang akan berlangsung dari 24 hingga 27 Oktober di ibu kota Filipina, Manila.


Tag:

Pameran Motor Antarabangsa Filipina (PIMS 2024)
Mitsubishi Motors
Pajero Sport
SUV 7 Tempat Duduk
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

14-11-2025
Global

05-02-2025
Global

24-01-2025
Global

08-01-2025
Berita Auto

21-08-2024
Global

12-04-2024
Global

26-01-2024
EV

19-12-2023

Berita Terkini

Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026
Global

Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat

Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.

20-04-2026
Global

Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia

Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.

20-04-2026
Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026