Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

RON95 Masih Diseludup & Dijual Secara Terbuka Di Thailand

Sofea Najmi

Kongsi melalui

2701649.jpg


Petrol bersubsidi Malaysia dijual secara terbuka di Thailand (Foto: Sinar Daily) 


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis mengesahkan terdapat aktiviti penyeludupan petrol bersubsidi ke Selatan Thailand, walaupun kes ini jarang berlaku. Pengarah KPDN Perlis, Hasbullan Abd Rashid, berkata, pihaknya bersama agensi penguat kuasa lain terus memantau melalui perkongsian maklumat.


Modus Operandi Penyeludupan


minyak003.jpg


Isu penyeludupan minyak masih berlaku walaupun menunjukkan penurunan.  


Penyeludupan dipercayai dilakukan oleh kenderaan Malaysia yang menjual petrol secara pindahan, sama ada melalui tangki biasa atau yang diubah suai. Walaupun sukar dikesan, penguat kuasa ditempatkan di stesen minyak berhampiran sempadan untuk memantau kegiatan ini. Pemilik stesen juga memberi kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa. 


Penjualan Petrol di Thailand


uses-artificial-intelligence-(AI)-to-detect-paint-flaws-on-the-cars-it-assembles-at-its-facilities-in-the-United-States.-(1).png


Petrol bersubsidi Malaysia dijual secara terbuka di Thailand (Foto: Bernama) 


Penduduk di Padang Besar, Selatan Thailand hingga kawasan kampung sekitar 10 km, dikesan menjual petrol Malaysia secara terbuka seperti di hadapan rumah, kedai runcit dan kedai makan pada harga lebih rendah berbanding harga rasmi di Thailand. 


Minyak yang diletakkan di dalam botol itu dijual pada harga serendah 30 baht (~RM3.89) hingga 35 baht (~RM4.54) seliter, lebih rendah berbanding harga semasa bahan api tersebut di Thailand iaitu 35.45 baht seliter (~RM4.60). Walaupun di luar bidang kuasa KPDN, usaha kawalan di sempadan terus diperkukuhkan.


tha01-17102024-seludup-minyak_4644693_20241017171227.jpg


Jualan minyak bersubsidi Malaysia dijadikan sebahagian 'produk' jualan (Foto: Bernama) 


Hasbullan memaklumkan bahawa sejak 1 Januari 2024, pihaknya telah memperluas Ops Tiris 3.0 yang meliputi barangan kawalan seperti gula, minyak masak, tepung gandum, petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG).


Penurunan Kes Penyeludupan


Secara keseluruhannya, kes penyeludupan barangan kawalan dari Perlis menurun kepada 91 kes tahun ini, berbanding 196 kes tahun lalu. Nilai rampasan juga menurun kepada RM1.19 juta.


Sumber: Bernama


Baca: Subsidi RON95 Mungkin Dilaksana Hujung Tahun Ini - Penganalisis


Tag:

Penyeludupan Minyak
Penyeludupan Minyak RON95
RON95 Thailand
KPDN
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

21-01-2025
Berita Auto

05-04-2024
Berita Auto

27-06-2023
Berita Auto

17-02-2023
Berita Auto
Berita Auto

27-12-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Projek LPT4: Kerajaan Salur RM25 Juta

Sebanyak RM25 juta diluluskan bagi kerja-kerja awal projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 4 (LPT4) .

10-01-2026
Berita Auto

Berani Betul, Lagi Stesen Minyak Jual RON95 Kepada Warga Asing, Kali Ini Di Kedah

(KPDN) Kedah mengesahkan berlaku aktiviti pengisian petrol RON95 ke dalam tangki kenderaan berpendaftaran asing di sebuah stesen minyak di Sungai Petani .

10-01-2026
Berita Auto

Jangan Terkejut, PLUS Mula Guna Sistem Tol Tanpa Palang, Bermula Di Kedah!

Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan di Kedah jangan terkejut melihat sistem tol tanpa palang di beberapa tol kerana PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sedang menguji sistem itu untuk kenderaan persendirian di jajaran Hutan Kampung–Sungai Dua.

10-01-2026
Berita Auto

Wajah Baharu BHPetromart & eNak: Bukan Sekadar Stesen Minyak Biasa!

Kalau anda selalu lalu di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), ada berita baik! BHPetrol baru sahaja mendedahkan identiti baharu bagi BHPetromart dan eNak yang tampil lebih moden dan segar yang mesra pelanggan.

10-01-2026
Berita Auto

Fasiliti Pembaikan Badan Dan Cat Proton Terbakar, Ini Kata Proton!

PROTON menyatakan kebakaran yang berlaku di sebuah fasiliti Body & Paint (B&P) di Sungai Buloh Selangor masih dalam siasatan.

09-01-2026
Berita Auto

Tak Sia-Sia Beli Kereta Chery Sehingga Feb Ini, Sebab Ada Rebat Sehingga RM16,888

Promosi Tahun Baru Tawaran Properity ini akan berakhir pada 28 Februari 2026.

09-01-2026
Berita Auto

Pemandu Teksi, Pengusaha Bas Sekolah Penang Dapat Insentif RM600

Kerajaan Pulau Pinang meneruskan insentif bantuan sebanyak RM600 kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah di negeri ini yang akan disalur bermula Mac depan.

09-01-2026
Berita Auto

Bilik Pameran Eksklusif Pertama Leapmotor Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil

Syarikat pengedar automotif terkemuka, Cycle & Carriage (C&C), telah melancarkan pembukaan cawangan bilik pameran pertama jenama kenderaan elektrik (EV), Leapmotor, di pusat beli-belah terkemuka, Pavilion Bukit Jalil.

09-01-2026