Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

SAIC Motor Malaysia Rai 39 Juruteknik MG Tamat Latihan Teknikal ICE, EV

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

SAIC Motor Malaysia meraikan kejayaan seramai 39 Juruteknik Bertauliah MG yang berjaya menamatkan latihan teknikal, baru-baru ini.

Program latihan teknikal itu membabitkan teknologi Enjin Pembakaran Dalaman (ICE) dan Kenderaan Elektrik (EV), dengan kerjasama jurulatih serta akademik tempatan yang berpengalaman.

Difahamkan, modul dan sukatan pelajaran diambil dari pasaran global SAIC sendiri bagi memastikan juruteknik memenuhi piawaian antarabangsa.

image.png

Malah, SAIC Motor International ada menjemput SAIC Motor Malaysia untuk menyertai inisiatif latihan global bagi model MG4 dan ZS EV di Shanghai, serta MG5 dan MG HS di Thailand. 

Susulan itu, juruteknik SAIC Motor Malaysia menerima sijil sebaik menamatkan latihan praktikal yang membabitkan kerja-kerja menyelenggara dan membaiki kenderaan MG terkini di seluruh dunia.

Apa yang cukup menarik, dua penasihat perkhidmatan adalah wanita daripada 39 graduan yang turut berminat untuk menjadi juruteknik EV.

image.png

Dalam pada itu, SAIC Motor Malaysia juga berhasrat untuk  menghantar juruteknik ini untuk menjalani latihan yang lebih mendalam, yang membabitkan bidang EV dan Teknologi Bateri Voltan Tinggi, serta peningkatan Kemahiran dari Junior Tech ke Master Tech.

Menurut Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, Emory QiFeng, latihan dan perkhidmatan adalah aspek penting dalam pengalaman pelanggan memandangkan kemasukan kenderaan elektrik semakin meningkat di Malaysia.

“Kami mahu  tenaga kerja yang mahir yang dapat memenuhi permintaan pelanggan. Oleh itu, kami mahu menyediakan sokongan selepas jualan berkualiti tinggi kerana ia dapat menyakinkan pelanggan kami ketika mereka beralih kepada kenderaan inovatif MG nanti ,” katanya dalam satu kenyataan.

Gallery

Tag:

SAIC Motor Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

SAIC Motor Malaysia Umum Pasang EV MG CKD Pertama di Melaka, Bermula 2026

SAIC Motor Malaysia mengumumkan rancangannya untuk memulakan pemasangan tempatan kenderaan MG di kilang EPMB yang terletak di Melaka, bermula pada tahun depan.

16-10-2025
Berita Auto

SAIC Motor Malaysia Lantik Hoffen Teh Sebagai Ketua Pegawai Operasi Baharu

SAIC Motor Malaysia melantik Hoffen Yih Ben Teh sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) baharu, berkuat kuasa serta-merta, semalam.

10-09-2025
Berita Auto

SAIC Motor, Kementerian Pengangkutan Meterai Kerjasama, Tingkatkan Keselamatan Jalan Raya

SAIC Motor Malaysia mahu membantu Malaysia meningkatkan standard keselamatan kenderaan.

09-12-2024
Kereta Baru

Roadster Elektrik MG Cyberster Kini Di Malaysia – Capai 496 HP, Dari RM319,900

Setelah tempahannya dibuka Oktober lalu, SAIC Motor Malaysia (MG Motor Malaysia) hari ini telah melancarkan EV terbarunya, MG Cyberster, secara rasmi untuk pasaran tempatan di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024.

04-12-2024
Berita Auto

SAIC Motor Ajak Datang KLIMS 2024, Pelbagai Ganjaran Menanti Anda!

SAIC Motor Malaysia menjemput orang ramai untuk menyaksikan barisan model MG pada pameran KLIMS 2024 yang akan berlangsung di MITEC, pada 5 Disember hingga 11 Disember ini.

02-12-2024
Berita Auto

SAIC Motor Malaysia Buka Gudang Alat Ganti MG Motor

SAIC Motor Malaysia mengumumkan pembukaan sebuah gudang alat ganti MG Motor di Lembah Klang.

14-11-2024
Berita Auto

SAIC Motor Malaysia Rai Penyerahan Istimewa MG5 Kepada Pelanggan

SAIC Motor Malaysia mengadakan majlis penyerahan kereta MG5 kepada 20 para pelanggannya, dalam satu acara yang diadakan di MG Motor Glenmarie (Mega Galeri Sdn Bhd), baru-baru ini.

12-11-2024
Kereta Baru

MG Cyberster Sudah Boleh Ditempah, Harga Anggaran RM350K

MG Cyberster sudah boleh ditempah dimana harga anggarannya cuma di bawah RM350,000.

24-10-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Fasiliti Pembaikan Badan Dan Cat Proton Terbakar, Ini Kata Proton!

PROTON menyatakan kebakaran yang berlaku di sebuah fasiliti Body & Paint (B&P) di Sungai Buloh Selangor masih dalam siasatan.

09-01-2026
Berita Auto

Tak Sia-Sia Beli Kereta Chery Sehingga Feb Ini, Sebab Ada Rebat Sehingga RM16,888

Promosi Tahun Baru Tawaran Properity ini akan berakhir pada 28 Februari 2026.

09-01-2026
Berita Auto

Pemandu Teksi, Pengusaha Bas Sekolah Penang Dapat Insentif RM600

Kerajaan Pulau Pinang meneruskan insentif bantuan sebanyak RM600 kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah di negeri ini yang akan disalur bermula Mac depan.

09-01-2026
Berita Auto

Bilik Pameran Eksklusif Pertama Leapmotor Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil

Syarikat pengedar automotif terkemuka, Cycle & Carriage (C&C), telah melancarkan pembukaan cawangan bilik pameran pertama jenama kenderaan elektrik (EV), Leapmotor, di pusat beli-belah terkemuka, Pavilion Bukit Jalil.

09-01-2026
Berita Auto

Hotspot Kemalangan Patut Dipasang Kamera AWAS, - JPJ Terengganu

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mencadangkan supaya pemasangan kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dilakukan di laluan berisiko tinggi dan lokasi kerap berlaku kemalangan.

09-01-2026
Berita Auto

UTM Jalin Kerjasama Perodua, Bangunkan Program Kampus Mobiliti Pintar

Program yang dibangunkan menerusi kerjasama strategik dengan pengeluar automatif nasional, Perodua, direka untuk meningkatkan mobiliti kampus dan keselamatan pelajar.

09-01-2026
Berita Auto

Ada Cadangan Potong Kuota Subsidi BUDI95 Ikut Gaji? – Ini Jawapan Kerajaan

Kerajaan memberi jaminan tidak akan membuat perubahan drastik terhadap kuota bantuan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) berdasarkan kelas pendapatan buat masa ini.

08-01-2026
Berita Auto

Kenapa Passport Malaysia, IC Berwajah Baharu?

Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memperkenalkan pasport Malaysia dan MyKad berwajah baharu dalam dalam tempoh enam bulan lagi.

08-01-2026