Link Copiedcheck_circle
Global

Subaru Chiffon Try, Harga Bawah RM50K

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sebuah lagi kei-car, Subaru Chiffon Try menembusi pasaran Jepun, baru-baru ini.

Walaupun rupa paras Chiffon Try ini agak comel namun ia sebenarnya agak rugged kerana  hadir dengan gaya off-road dimana ciri itu sebenarnya membezakannya ia daripada varian Chiffon yang lain.

Ciri off-road kelihatan lasak kerana ia tampil dengan skid plate, ada kemasan plastik hitam pada bahagian bampar depan, bampar belakang dan sisi.

image.png

 Selain mengenai kemasan plastik yang digunakannya, Chiffon Try sebenarnya hadir dalam 11 warna. Ini termasuk warna varian flagship yang berwarna Lake Blue Metallic yang datang dengan dua pilihan tona.

Menjengah bahagian dalaman,  ia sememangnya hadir dengan ciri off-road yang agak menarik kerana Chiffon Try didatangkan dengan upholsteri kalis air pada kesemua tempat duduknya. 

image.pngimage.png

Malah, kerusi hadapannya boleh direbahkan ke belakang sehingga 240 mm.

Antara kemudahan yang terdapat pada kereta ini ialah skrin infotainmen bersaiz 9 inci dan apa yang cukup menarik mengenai kei-car ini adalah, ia hadir dengan rekaan ‘Miracle Open Door’.

image.png

Difahamkan, rekaan ini  menggabungkan pintu gelongsor elektrik untuk memudahkan lagi penumpang masuk dan keluar.

Mengenai trenkuasanya, Chiffon Try dikuasakan oleh enjin 660 cc tiga silinder dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 51 hp dan tork 60Nm.

Ia juga hadir dengan transmisi jenis CVT dimana ia boleh menyalurkan kuasa ke roda hadapan. 

Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh mendapatkan versi pacuan semua roda (AWD).

Tempahan untuk kereta ini sudah pun dibuka  tetapi bukan di Malaysia tetapi di Jepun dimana harga jualannya bermula dari RM47,935.

Gallery

Tag:

Subaru Chiffon Trry Kei Car
Subaru Chiffon Try
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026
Global

Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat

Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.

20-04-2026
Global

Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia

Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.

20-04-2026
Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026