Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

6 Kemalangan Babitkan Kenderaan NGV Dalam 16 Tahun

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Gara-gara isu keselamatan, kerajaan terpaksa mengharamkan kenderaan dan bekalan gas asli mampat (NGV) mulai 1 Julai 2025.

Ini kerana berdasarkan rekod, enam kes kemalangan direkodkan membabitkan kenderaan menggunakan bahan api gas asli mampat (NGV) bagi tempoh 2008 hingga 2024.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata isu keselamatan adalah antara faktor larangan penggunaan bahan api itu.

"Ini termasuk kes kehilangan nyawa akibat letupan silinder di stesen NGV di Batu Berendam, Melaka pada 2008.

"Pemilik kenderaan itu mengubah suai kenderaan dengan menggunakan silinder gas petroleum cecair (LPG) bagi pengisian bahan api NGV," katanya.

Di Malaysia terdapat dua kategori kenderaan motor yang menggunakan bahan api NGV iaitu: kenderaan diubah suai dengan kit atau komponen bagi penambahan penggunaan bahan api NGV serta kenderaan import khusus menggunakan bahan itu sahaja.

image.png

Malah berdasarkan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), lebih daripada 95 peratus daripada kenderaan NGV berdaftar adalah kenderaan dalam kategori diubah suai.

"Daripada dua kumpulan kenderaan itu, terdapat kira-kira 44,383 kenderaan aktif berdaftar dengan bahan api NGV dalam rekod JPJ bagi tempoh tiga tahun.

"Jumlah itu membabitkan 9,509 teksi dan kereta sewa pandu, 32,137 kenderaan pendaftaran persendirian, 2,150 bas dan lori dan serta 587 jentera," katanya.

Melihat data di atas, jumlah kenderaan motor yang dikuasakan dengan bahan api NGV adalah amat kecil berbanding populasi keseluruhan kenderaan motor berdaftar di Malaysia, iaitu 0.2% daripada jumlah keseluruhan kenderaan motor (selain motosikal).  


Gallery

Tag:

NGV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Tiada Lagi Kenderaan NGV Mulai 1 Julai 2025, Jangan Risau Sebab PNGV Sediakan Bantuan

Tiada Lagi Kenderaan NGV Mulai 1 Julai 2025, Jangan Risau Sebab PNGV Sediakan Bantuan

PNGV menyediakan Program Bantuan Peralihan Kenderaan NGV untuk kumpulan sasar yang terjejas.

04-11-2024
Berita Auto
Tiada Lagi Kenderaan NGV Mulai Tahun Depan Tapi Ada Sebabnya

Tiada Lagi Kenderaan NGV Mulai Tahun Depan Tapi Ada Sebabnya

Langkah itu diambil selepas mengambil kira faktor keselamatan kepada pengguna dan orang ramai.

04-11-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026