Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ada Berita Baik Untuk Orang Pantai Timur! Lepas Ini, Anda Tak Perlu Hadap "Jam" Lagi!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya ada berita baik untuk orang Pantai Timur!

Ini kerana kerajaan akan melaksanakan projek pelebaran lorong tambahan di Lebuhraya Kuala Lumpur ke Karak bermula, Januari depan.

Bagaimanapun, projek itu dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2029 nanti. 

Bercakap mengenai projek itu, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata syarikat konsesi sedang dalam proses memuktamadkan reka bentuk projek berkenaan sebelum memulakan kerja pembinaan fizikal di tapak.

projek pelebaran yang akan dilaksanakan AFA Prime Berhad (dahulu dikenali sebagai ANIH Berhad) selaku pemegang konsesi Lebuhraya KLK akan membabitkan jarak sepanjang 45.3 kilometer (km) dengan kos keseluruhan berjumlah RM2.1 bilion dibiayai sepenuhnya oleh syarikat konsesi lebuh raya.

image.png

Kerja pelebaran Lebuhraya KLK yang bermula dari Plaza Tol Gombak ke Bentong adalah penambahan satu lorong daripada tiga lorong sehala sedia ada kepada empat lorong sehala bagi Seksyen 1 (dari Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah) dan daripada dua lorong sehala sedia ada kepada tiga lorong sehala bagi Seksyen 2 (dari Genting Sempah ke Bentong).

Skop kerja itu akan membabitkan pembinaan sebuah terowong dua lorong baharu bersebelahan dengan terowong sedia ada arah Timur.

image.png

Apapun, projek pelebaran itu dikatakan berupaya menangani isu kesesakan terutamanya pada musim perayaan, cuti umum dan hujung minggu.


Gallery

Tag:

Lebuhraya KL-Karak
Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Peruntuk RM2.6 Bilion Untuk Naik Taraf Lebuhraya KL-Karak, LPT1

AFA Prime Bhd memperuntukkan RM2.3 bilion untuk melaksanakan projek pelebaran Lebuhraya KL-Karak dan Projek Mitigasi Banjir LPT 1.

29-11-2024
Berita Auto

Lebuhraya Karak, LPT Dijangka Sesak Sempena Krismas, Rujuk TTA

ANIH Berhad, telah mengumumkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sempena musim cuti perayaan Krismas.

20-12-2023
Berita Auto

Dah Standby Ke Nak Redah Jam?

KLK, LPT 1 sesak sebab cuti panjang.

10-11-2023
Berita Auto

Cerun Runtuh, Punca Tanah Mendap Di LPT1

Pengguna Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) digemparkan dengan kejadian mendapan tanah.

10-09-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto