- Berita
- Berita Auto
- Kontena Terjatuh Dari Treler, Wanita Maut Tersepit
Seorang wanita maut manakala seorang lelaki cedera selepas kenderaan dipandu mereka dihempap kontena yang terjatuh daripada sebuah treler dalam kemalangan di Jalan Bukit Tengah, Bukit Mertajam, pagi tadi.
Kemalangan itu membabitkan lima kenderaan iaitu tiga kereta dan dua lori termasuk sebuah treler.
omander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Perda, PBK II Mohd Nor Azamuddin Abdullah berkata, mangsa berusia 21 tahun meninggal dunia di lokasi kemalangan ekoran kecederaan parah dialaminya.
"Mangsa lelaki berusia 25 tahun dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba dan dibawa ke hospital untuk rawatan, manakala anggota kita menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa wanita yang tersepit," katanya.
Menerusi rakaman kamera papan pemuka dari sebuah kenderaan dekat situ mendapati pemandu treler membelok kenderaannya sebelum kontena yang dibawanya telah terbalik dan menimpa beberapa kenderaan yang sedang menunggu di lampu isyarat terbabit.
Difahamkan, mangsa yang maut dalam perjalanan ke tempat kerja.
Gallery




Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari