Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pasukan Proton R3 Pertaruh Proton S70, Raih Tempat Kelima Dalam Perlumbaan S1K

Suhana Veru

Kongsi melalui

Team-Proton-R3-claimed-a-fifth-place-finish-for-the-Malaysian-Touring-Car-class-at-the-2024-Sepang-1000KM.jpg

Pasukan Proton R3 (R3) meraih tempat kelima dalam perlumbaan ketahanan atau Malaysian Touring Car (MTC) di 2024 Sepang 1000KM (S1K), baru-baru ini.

Perlumbaan itu dikatakan cukup mencabar sehinggakan Proton S70 R3 terpaksa mengundurkan diri lebih awal.

Sementara itu, satu lagi unit S70 pula ketinggalan agak jauh di belakang gara-gara kehilangan lebih kurang 40 minit, disebabkan mengalami masalah teknikal.

The-drivers-of-car-82,-(from-left)-Ariff-Azmi-and-Alister-Yoong.jpg

Pasukan bersama pasangan pemandunya, Syafiq Ali dan Fahrizal Hasan di kereta 81, serta pemandu kereta 82, Ariff Azmi dan Alister Yoong telah pun menjalani ujian intensif di Litar Antarabangsa Petronas, Sepang.

Walaupun R3 tidak mempunyai kelebihan kelajuan berbanding pasukan lain seperti tahun-tahun sebelumnya, mereka tetap menunjukkan prestasi yang kompetitif sejak sesi latihan pertama sebelum perlumbaan.

Both-the-team-and-its-driver-pairings-undertook-intensive-testing-at-the-Petronas-Sepang-International-Circuit.-(1).jpg

Untuk makluman, ini merupakan kali pertama Proton S70 R3 bertanding dalam perlumbaan SK1. 

Proton S70 yang dilancarkan 28 November tahun lalu merupakan sedan segmen C pertama yang diperkenalkan oleh Proton dalam tempoh 12 tahun dan telah menempatkan dirinya sebagai peneraju dalam kelasnya di negara ini dengan pantas serta mengalahkan model-model lama dari jenama pesaing. 

Keputusan untuk menyertai perlumbaan dibuat tahun lalu dan ia membolehkan R3 memberi tumpuan untuk memastikan dua unit kereta berada di grid semasa perlumbaan.

The-decision-to-go-racing-was-made-last-year,-allowing-R3-to-focus-its-resources-to-ensure-there-would-be-two-units-on-the-grid-for-the-race.jpg

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, pasukan R3 telah menunjukkan  prestasi yang cemerlang di perlumbaan S1K 2024.

Menurutnya, pasukan menyedari cabaran besar seperti persaingan dengan kereta baru, berhadapan dengan pasukan-pasukan yang telah berlumba selama tiga tahun dan jauh lebih maju dalam pembangunan kenderaan.”

“Walaupun kemalangan awal dalam perlumbaan menyebabkan kereta 81 terpaksa berhenti, sementara masalah teknikal pada kereta 82 menyebabkan ia kehilangan masa di pit dan tersingkir dari persaingan keseluruhan.

Both-the-team-and-its-driver-pairings-undertook-intensive-testing-at-the-Petronas-Sepang-International-Circuit.-(2).jpg

“Jadi, walaupun kami mengharapkan keputusan akhir yang lebih baik, banyak data berguna telah dikumpulkan sepanjang hujung minggu, dan kedudukan kelima dalam kelas MTC telah menetapkan asas bagi R3 untuk memulakan persiapan bagi musim perlumbaan 2025,” katanya.

Penampilan kompetitif seterusnya bagi R3 dan Proton S70 R3 masih dalam perancangan, namun kereta 82 akan dipamerkan di booth PROTON pada  Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2024. 

Kereta tersebut akan dipamerkan dalam keadaan yang sama seperti ketika ia mengakhiri perlumbaan S1K. 

Tag:

Proton R3
2024 Proton S70
Proton S70 R3 MTC
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Proton R3 Terkubur: Legasi Perlumbaan Negara Berakhir Begitu Sahaja

Proton dilaporkan telah menutup operasi divisyen perlumbaan dan sukan permotorannya, R3, singkatan kepada “Race. Rally. Research.”

13-07-2025
Berita Auto

MAS 2024: Tempah Model Proton, Dapat Macam-Macam

Jika ada yang sedang untuk mempertimbangkan untuk membeli kereta baharu, kunjungi MAS 2024.

24-05-2024
Berita Auto

Proton Beri Bayangan Mengenai Program Heritage

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah dalam ucapannya memberi bayangan bahawa pihaknya akan mewujudkan program Heritage.

06-03-2024
Berita Auto
Berita Auto

Proton S70 RC Bakal Tunjuk Taring Dalam Perlumbaan Sepang S1K

Proton buat julung kalinya ada mendedahkan sebuah kereta lumbanya, Proton S70 R3 sempena pameran Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024) yang diadakan pada Mei lalu.

03-10-2024
Gaya Hidup

Filem Pendek Proton Cipta Kelainan, Sebab Ada Orang KUAT Proton?

Filem pendek ini turut menampilkan model istimewa, Proton S70.

29-03-2024
Berita Auto

Proton Saga Punca Pencapaian Proton Commerce MELONJAK!

Proton Commerce meletakkan sasaran untuk meningkatkan jualan pengeluaran pinjaman lebih tinggi pada tahun ini .

29-01-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Genting Highlands Bakal Kenakan Tol? Salah, Rupanya Caj Dikenakan Ke Atas Kenderaan

Ahmad Maslan menjelaskan bayaran yang dikenakan di Jalan Genting Highlands bukan tol, sebaliknya caj ke atas kenderaan yang memasuki laluan bukit itu.

17-11-2025
Berita Auto

Perhatian! Tiket ETS Untuk Raya 2026 Sudah Mula Dijual

Tiket Hari Raya Aidilfitri 2026 sudah mula dijual.

17-11-2025
Berita Auto

Bentley Continental Supersports Didedahkan – Model Paling Ringan Bentley, Capai 657 HP

Hanya lebih setahun selepas Continental GT generasi baharu diperkenalkan, Bentley Motors kini menghidupkan semula model ikonik grand tourer dua pintunya, Bentley Continental Supersports Edisi Terhad terbaru.

17-11-2025
Berita Auto

Jualan BYD Melonjak 70%, Ini Strategi BYD Untuk Kekal Kompetitif Di Malaysia

Pengarah Urusan BYD Cars Malaysia, Eagle Zhao, mendedahkan beberapa angka jualan yang memberangsangkan, menunjukkan pertumbuhan pesat jenama ini di Malaysia.

17-11-2025
Berita Auto

MLFF: Kerajaan Akan Pinda 3 Akta

Tiga akta di bawah Kementerian Kerja Raya akan dipinda selewat-lewatnya pada tahun hadapan.

17-11-2025
Berita Auto

RTS Di Depoh Wadi Hana Jalani Ujian

Tren Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura pertama yang tiba di Depoh Wadi Hana di Johor Bahru akan menjalani beberapa fasa pengujian termasuk proses pencantuman.

17-11-2025
Berita Auto

Baik Pulih Jalan Gua Musang-Jeli Bakal Siap Hujung Bulan Ini

Kerja-kerja membaik pulih di Kilometer 11.95 Jalan Gua Musang-Jeli, Kelantan yang terjejas dengan kejadian lubang benam dan tanah runtuh dijangka siap hujung bulan ini.

17-11-2025
Berita Auto

Ramai Bising Laluan Masuk Genting Highlands Bakal Dikenakan Caj, Ini Jawapan Menteri

Beberapa hari lepas kecoh apabila pihak Genting Malaysia akan mengenakan caj untuk masuk ke tempat peranginan itu.

17-11-2025