Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Petrol Euro 5 Mula Diguna Pada September 2025! Mahal Tak Euro 5?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sah, Malaysia akan mula melaksanakan penggunaan petrol Euro 5 pada September 2025 dan dijangka mencapai spesifikasi penuh pada 2027.

Itu kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurutnya pelaksanaan it adalah selaras dengan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Kandungan Bahan Api Petrol dan Diesel) 2007.

image.png

"Justeru, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan bekerjasama rapat dengan industri untuk memastikan peralihan ini berjalan lancar," ujarnya.

Difahamkan, penggunaan Euro 5 juga akan mendorong industri automotif Malaysia untuk meningkatkan teknologi kenderaan termasuk bagi kenderaan komersial dan industri berat.

Kenderaan dengan teknologi pelepasan Euro 5 akan beroperasi dengan lebih efisien dan menghasilkan pelepasan asap yang lebih bersih, sekali gus dapat memberikan kesan positif terhadap kualiti udara di negara ini.

image.png

"Diesel Euro 5 ini memenuhi piawaian ketat, termasuk pengurangan kandungan sulfur dan bahan pencemar lain," tambahnya.

Bagi yang tidak tahu, Euro 5 adalah gred diesel lebih tinggi  berbanding diesel ditawarkan sebelum ini. Ia diformulasikan dengan sistem aditif premium dari Jerman dengan kandungan sulfur jauh lebih rendah serta lebih bersih daripada diesel biasa.

Euro5 sudah pun digazetkan kerajaan sejak 2020 sebagai gred diesel yang perlu ada pada semua stesen syarikat petroleum di Malaysia. Menariknya, BHPetrol adalah syarikat petroleum pertama menawarkan diesel ini di Malaysia iaitu sejak 2014 lagi. 


Gallery

Tag:

Euro 5
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026