Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

SAIC Motor Malaysia Rai Penyerahan Istimewa MG5 Kepada Pelanggan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

SAIC Motor Malaysia mengadakan majlis penyerahan kereta MG5 kepada 20  para pelanggannya, dalam satu acara yang diadakan di MG Motor Glenmarie (Mega Galeri Sdn Bhd), baru-baru ini.

Kejayaan acara penyerahan ini adalah hasil kerjasama yang lancar dari lebih 18 Pengedar Sah Motor MG yang terletak di lokasi strategik bagi memastikan pelanggan menerima kereta mereka dengan segera.

image.png

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi SAIC Motor Malaysia, Lee Wen Hsiang mengakui MG5 telah menarik minat segmen pembeli yang mengutamakan gaya dan keperibadian.

“Kami cukup teruja untuk meraikan kejayaan ini bersama pelanggan. Acara ini juga sebenarnya memberi peluang untuk berinteraksi secara langsung dengan pelanggan, mendengar maklum balas serta berkongsi mengenai tahap kepuasan mereka menggunakan MG5,” katanya.

image.png

Bagi yang tidak tahu, MG5 Fastback hadir dalam satu varian dan merupakan unit yang diimport dari Thailand dijual pada harga  RM93,900 namun harga itu tidak termasuk insurans. 

Selain itu, MG5 disumbat dengan enjin 1.5 liter yang  mana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 114 hp dan tork 150Nm.

image.pngimage.png

Enjinnya digandingkan dengan kotak gear CVT lapan-kelajuan. 

Dari segi prestasi, MG5 dikatakan mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 11.5 saat, manakala purata penggunaan minyaknya   pula didakwa 17.5 KM/liter (5.7 liter/100 KM).

Sedan MG5 menawarkan nilai luar biasa dalam kelasnya, dengan rekaan sporty, ruang dalaman yang luas, serta dilengkapi jaminan terbaik di pasaran.

image.png

Selain itu, pemilik baharu MG5 turut menikmati perlindungan Jaminan Waranti Tanpa Had Jarak Perbatuan selama 5 tahun dan jaminan tanpa had jarak bagi rangkaian kuasa selama 7 tahun.

Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-100 MG, pembeli juga layak menerima rebat pengenalan sebanyak RM7,000, menjadikan harga MG5 hanya RM83,900.


Gallery

Tag:

SAIC Motor Malaysia
MG5 delivery event
MG5
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

KLIMS 2026: SAIC Motor Malaysia Bakal Gegar KLIMS 2026: Tampil MG ZS Baharu & 'IM'

Daripada Klasik Ke IM6 Elektrik, Ini Sebab Kenapa Booth MG Wajib Dikunjungi di KLIMS 2026.

09-06-2026
Berita Auto

SAIC Motor Malaysia Umum Pasang EV MG CKD Pertama di Melaka, Bermula 2026

SAIC Motor Malaysia mengumumkan rancangannya untuk memulakan pemasangan tempatan kenderaan MG di kilang EPMB yang terletak di Melaka, bermula pada tahun depan.

16-10-2025
Berita Auto

SAIC Motor Malaysia Lantik Hoffen Teh Sebagai Ketua Pegawai Operasi Baharu

SAIC Motor Malaysia melantik Hoffen Yih Ben Teh sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) baharu, berkuat kuasa serta-merta, semalam.

10-09-2025
Berita Auto

SAIC Motor, Kementerian Pengangkutan Meterai Kerjasama, Tingkatkan Keselamatan Jalan Raya

SAIC Motor Malaysia mahu membantu Malaysia meningkatkan standard keselamatan kenderaan.

09-12-2024
Kereta Baru

Roadster Elektrik MG Cyberster Kini Di Malaysia – Capai 496 HP, Dari RM319,900

Setelah tempahannya dibuka Oktober lalu, SAIC Motor Malaysia (MG Motor Malaysia) hari ini telah melancarkan EV terbarunya, MG Cyberster, secara rasmi untuk pasaran tempatan di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024.

04-12-2024
Berita Auto

SAIC Motor Ajak Datang KLIMS 2024, Pelbagai Ganjaran Menanti Anda!

SAIC Motor Malaysia menjemput orang ramai untuk menyaksikan barisan model MG pada pameran KLIMS 2024 yang akan berlangsung di MITEC, pada 5 Disember hingga 11 Disember ini.

02-12-2024
Berita Auto

SAIC Motor Malaysia Buka Gudang Alat Ganti MG Motor

SAIC Motor Malaysia mengumumkan pembukaan sebuah gudang alat ganti MG Motor di Lembah Klang.

14-11-2024
Kereta Baru

MG Cyberster Sudah Boleh Ditempah, Harga Anggaran RM350K

MG Cyberster sudah boleh ditempah dimana harga anggarannya cuma di bawah RM350,000.

24-10-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling

Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.

14-07-2026