Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Angkara Tayar Tercabut, 7 Maut

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Gara-gara tayar treler tercabut,  tujuh maut termasuk lima sekeluarga di Kilometer 204 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara), Melaka semalam.

Dalam kemalangan ngeri itu,  lima kenderaan terlibat termasuk sebuah bas persiaran yang membawa 27 penumpang, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima, lori, treler dan Perodua Bezza.

image.png

Lima mangsa yang maut merupakan keluarga yang menaiki MPV Estima dikenali sebagai Khairul Izwan Mazupi, 32; isterinya, Fadzlenna Ramli, 32; anak mereka, Muhammad Umar, 2, dan bapa, Ramli Ab. Wahab, 66, manakala seorang lagi masih belum dikenal pasti identitinya.

Dua lagi anak pasangan itu, Muhammad Uwais Al-Qarni, 7, dan Nur Sofea Humaira, 4, terselamat, namun masing-masing dilaporkan parah serta mengalami kecederaan ringan. Kedua-dua mereka kini dirawat di Hospital Melaka.

Turut maut adalah pemandu bas, Noorisnien Khamid, 56, dan seorang penumpang juga belum dikenal pasti identitinya.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, kemalangan berlaku selepas tayar hadapan sebuah lori tercabut.

“Sebaik tiba ditempat kejadian, pemandu bas persiaran itu telah melanggar tayar tersebut mengakibatkannya hilang kawalan sehingga terbabas ke laluan bertentangan.

“Bas berkenaan kemudian merempuh sebuah Perodua Bezza menyebabkan ia terbabas ke lorong kiri dan melanggar penghadang jalan sebelum bertembung dengan sebuah treler dan MPV jenis Toyota Estima dinaiki lapan sekeluarga itu,” katanya kepada pemberita hari ini.


Gallery

Tag:

kemalangan maut
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya

Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya

Geng basikal dinasihatkan berhati-hati mengayuh basikal di jalan besar.

21-08-2026
Berita Auto
Bahana Langgar Lampu Merah, Nyawa 3 Sekeluarga Melayang

Bahana Langgar Lampu Merah, Nyawa 3 Sekeluarga Melayang

Tragedi Maju Junction: Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori Imigresen.

19-08-2026
Berita Auto
Kemalangan Maut Di Sedenak

Kemalangan Maut Di Sedenak

Aliran trafik di lokasi kejadian lumpuh.

23-06-2026
Berita Auto
Nahas KLK: 4 Maut Angkara Pemandu Treler  "Lalok"

Nahas KLK: 4 Maut Angkara Pemandu Treler "Lalok"

Tragedi Berdarah Lebuhraya Karak: Pemandu Treler Ditahan, Positif Dadah

15-06-2026
Berita Auto
Tragedi Jalan Raya: 6 Maut Dalam Nahas Proton X50, Lori Tanah

Tragedi Jalan Raya: 6 Maut Dalam Nahas Proton X50, Lori Tanah

Tak Sempat Elak: 6 Terkorban Pertembungan Proton X50 & Lori Tanah.

08-06-2026
Berita Auto
Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026