Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hanya 1 Aplikasi, MyBorderPass Diperlukan, Proses Imigresen Johor-Singapura Jadi Lebih Pantas

Sofea Najmi

Kongsi melalui

JB-border-pass_Malaysia_Aug_2024-41.jpg


Sekitar 300,000 pengguna bas dan motosikal Malaysia bakal menikmati proses imigresen yang lebih pantas dengan penggunaan aplikasi MyBorderPass di dua pusat pemeriksaan imigresen Johor-Singapura, lapor The Star


Perubahan ini berlaku selepas kerajaan memilih satu aplikasi tunggal, menggantikan tiga aplikasi yang diuji sebelum ini iaitu MyBorderPass, MyRentas dan MyTrip.


Satu Aplikasi Di Dua Pusat Pemeriksaan Imigresen


JB-border-pass_Malaysia_Aug_2024-2-1024x608.jpg


Sebelum ini, iaitu sejak Jun lalu, pengguna motosikal dan penumpang bas perlu menggunakan aplikasi MyTrip di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB). Sementara itu, di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) pula, penumpang bas perlu menggunakan MyRentas,  manakala motosikal menggunakan MyBorderPass dengan ciri pengimbasan wajah dan kod QR.


Kini, MyBorderPass diintegrasikan sepenuhnya di lorong bas dan motosikal di BSI, termasuk dua lorong bas dan enam lorong motosikal. Pegawai bertugas disediakan untuk membantu pengguna.


Teknologi Pengimbasan Wajah Memudahkan Proses


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, menyambut baik inisiatif ini kerana dapat mengurangkan kekeliruan memandangkan pengguna tidak perlu memuat turun banyak aplikasi. 


Selain itu, proses juga menjadi lebih lancar kerana teknologi pengimbasan wajah yang digunakan dapat mempercepatkan urusan imigresen.


“Jika terdapat masalah, pengguna masih boleh menggunakan kod QR atau kaunter manual,” katanya.


Rancangan Masa Depan


Kerajaan negeri berharap teknologi kod QR dan pengimbasan wajah dapat diperluaskan ke semua lorong bas dan motosikal di kedua-dua pusat CIQ dengan bantuan dana persekutuan.

Bukti konsep juga sedang dijalankan agar semua maklumat dapat diambil daripada kenderaan seperti kereta dan lori, yang dinaiki ramai penumpang daripada pelbagai negara. 


Sumber: The Star

Tag:

Imigresen
MyBorderPass
Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB)
Bangunan Sultan Iskandar (BSI)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Pelepasan Imigresen Di KLIA Kini Hanya 5-7 Saat Dengan Kod QR

Pelepasan imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini kurang 10 saat dengan menggunakan sistem kod QR melalui aplikasi MyBorderPass.

06-01-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Bahana Ambil Telefon Bimbit Terjatuh, Kereta Dipandu Masuk Parit

Tindakan seorang peniaga mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh ke bawah kerusi ketika memandu mengundang padah apabila keretanya yang dipandunya masuk parit.

16-12-2025
Berita Auto

Porsche 911 Turbo, BMW 420i Antara Disita Sebab Tak Bayar Duti Eksais

Lima buah kenderaan termasuk Porsche 911 turbo S yang disembunyikan dalam gudang berlesen selama tiga bulan gara-gara enggan mahu membayar duti eksais akhirnya disita kastam.

15-12-2025
Berita Auto

Dalam 11 Bulan, 39,259 Kemalangan Direkod Di Perak

Sebanyak 39,259 kes kemalangan direkodkan di Perak sepanjang tempoh 11 bulan sejak Januari tahun ini.

15-12-2025
Berita Auto

KTMB Perkenal Jadual Baharu KTM Komuter Lembah Klang Bermula 1 Jan 2026

KTMB akan melaksanakan jadual waktu baharu perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang berkuat kuasa 1 Januari 2026.

15-12-2025
Berita Auto

Cucu Maut, Kereta Dipandu Datuk Terbalik

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas kereta yang dipandu datuknya terbabas sebelum terbalik di Jalan Baginda, Manjoi, Ipoh, malam tadi.

15-12-2025
Berita Auto

Perhatian! Kamera Awas Akan Dipasang Di 10 Lokasi, Tujuan Bukan Untuk Perangkap Pemandu Tetapi Demi Keselamatan

Kementerian Pengangkutan akan menambah 10 lagi lokasi pemasangan kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) pada tahun hadapan.

15-12-2025
Berita Auto

Tiada Rancangan Naik Taraf Lebuhraya Persekutuan Walaupun Sesak Teruk

Kerajaan tidak berhasrat untuk menaik taraf Lebuhraya Persekutuan kerana melibatkan kos pengambilan balik tanah dan aset.

15-12-2025
Berita Auto

Hyundai, EON Tandatangan Surat Hasrat Untuk Buka 2 Cawangan Baharu, Bakal Siap Tahun Depan

Hyundai Motor Malaysia dan EONtelah menandatangani Surat Hasrat untuk membuka dua cawangan pengedar baharu Hyundai di Lembah Klang dan Pulau Pinang,.

15-12-2025