Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Industri Automotif Negara Catat Pertumbuhan Cemerlang Sepanjang 2024 – Unjuran Ditingkatkan 800K Unit

Sofea Najmi

26-12-2024

Kongsi melalui

DSC09840.JPG


Sektor automotif Malaysia menunjukkan prestasi yang kukuh sepanjang tahun 2024, bukan sahaja kerana peningkatan jualan kenderaan yang ketara, tetapi juga kejayaan pelancaran kenderaan elektrik (EV) pertama negara, e.MAS 7 oleh Proton, yang menjadi simbol kemajuan negara, sekaligus  meningkatkan daya saing sektor automotif di peringkat global.


Trend Positif Jualan Kenderaan


WhatsApp-Image-2024-12-06-at-20.08.45.jpeg


Jualan kenderaan di Malaysia mencatatkan peningkatan sepanjang tahun ini. Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) diunjurkan mencecah 800,000 unit, melepasi sasaran asal sebanyak 740,000 unit. Pertumbuhan ini dipacu oleh:

  • Pelancaran model baharu menarik.
  • Permintaan tinggi dalam segmen mampu milik.
  • Strategi promosi agresif oleh pengeluar.

Pertumbuhan positif ini juga disokong oleh ekonomi domestik yang stabil dan pengurusan pesanan pelanggan yang lebih cekap.


Lonjakan Penerimaan EV 


UNP06654.jpg


Tahun ini menyaksikan lonjakan signifikan dalam penerimaan kenderaan elektrik di Malaysia. Jualan EV melonjak lebih 112% pada separuh pertama 2024 berbanding tahun sebelumnya dalam tempoh yang sama. Dasar kerajaan seperti pengecualian cukai import dan insentif pemasangan tempatan turut merangsang perkembangan ini.


chargesini-business-(11).jpg


Stesen pengecas EV di seluruh negara juga terus bertambah, dengan lebih 3,171 stesen telah dipasang setakat September 2024. Sasaran kerajaan adalah untuk mencapai 10,000 stesen menjelang akhir 2025, selaras dengan misi mengurangkan pelepasan karbon.


Baca: eMO-II, Bakal Menjadi EV TERMURAH Di M'sia, Harga Tidak Lebih RM90,000


Cabaran dan Harapan Menjelang 2025


CariCarz_SN_EMO-II_KLIMS-2024-35.jpg


Walaupun prospek untuk 2025 kekal optimis, beberapa cabaran mungkin dihadapi:

  1. Rasionalisasi subsidi bahan api: Langkah ini boleh mengubah pola pembelian kenderaan, terutama dalam kalangan kumpulan pendapatan pertengahan.
  2. Persaingan sengit: Kehadiran jenama China yang menawarkan harga kompetitif dengan ciri canggih mencetuskan tekanan kepada kepada pemain lain dalam pasaran. 
  3. Kebergantungan kepada EV: Perlu ada keseimbangan antara kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE), hibrid dan EV untuk memastikan ekosistem industri tidak tergugat.

Bagaimanapun, dengan ringgit yang lebih stabil dan peningkatan gaji penjawat awam, sektor ini dijangka terus berkembang.

Sumber: BERNAMA

Baca: PROTON e. MAS 7 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM110K

Tag:

Persatuan Automotif Malaysia (MAA)
Sektor Automotif
Sektor Automotif 2024
Unjuran Automotif 2025
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

MAA Dedah Promo Menarik, Punca Jualan Kereta Meningkat

MAA menyifatkan pertumbuhan TIV meningkatkan disebabkan kebanyakan syarikat pengeluar automotif menawarkan pelbagai tawaran menarik

23-04-2025
Berita Auto

Jualan Kereta Pulih, MAA Dedah TIV Meningkat 31% Bulan Lepas

MAA dedah TIV meningkat pada bulan lepas disebabkan pasaran dilihat kembali kukuh.

20-03-2025
Berita Auto

Jualan Kereta Merosot Jan 2025 Sebab 3 Perkara

TIV pada Januari 2025 menyusut sebanyak 40 peratus kepada 48,372 unit

27-02-2025
Berita Auto

Jualan TIV Meningkat 816,747 Unit Dalam Sejarah Automotif Sebab Ramai Beli Perodua?

TIV melepasi angka 800,000 unit buat pertama kali dalam sejarah automotif.

21-01-2025
Berita Auto

Ramai Betul Beli Kereta, Jualan Kereta Hampiri 800,000 Unit

Jika sasaran itu berjaya dicapai sebelum akhir tahun 2024, ini bermakna, industri automotif tempatan bakal mencipta sejarah baharu dalam TIV.

16-12-2024
Berita Auto

Jualan Kereta Melonjak 20% Tapi Ada Sebabnya

Walaupun kos sara hidup semakin meningkat namun orang Malaysia tetap membeli kereta, patutlah jualan kereta melonjak bulan lepas.

13-11-2024
Berita Auto

Jualan Kereta Turun 15% Bulan Lepas Sebab Ramai Nak Tunggu Pengumuman Bajet 2025

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mendedahkan bahawa jualan kenderaan pada September 2024 merosot 15 peratus.

15-10-2024
Berita Auto

Jualan Kereta Meningkat Sebab Banyak Kereta Dilancar

Jualan kereta bagi bulan Julai 2024 meningkat 24 peratus.

17-08-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Viral: Wanita Maut Tercampak Keluar Dari Van, Ini Pula Kata Polis!

Wanita maut dipercayai tercampak keluar van di tepi KESAS.

06-05-2025
Berita Auto

Jualan Proton Melonjak Kepada 12,692 unit Bulan Lepas, e,MAS Dahului Jualan EV

Jualan Proton melonjak sebanyak 12,692 unit pada bulan lepas.

06-05-2025
Berita Auto

Ada Berita Baik Untuk Pencari Kerja, Projek ECRL Bakal Tawar 3,200 Peluang Pekerjaan

Projek ECRL bakal mewujudkan lebih 3,200 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

06-05-2025
Berita Auto

'Content Creator' & Golongan Profesional Boleh Beli Jaecoo J7 Dengan Diskaun Khas

Jenama kenderaan premium dari China, Jaecoo Malaysia, hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Program Rakan Profesional atau Professional Affiliates Programme (PAP).

06-05-2025
Berita Auto

Projek ECRL Telah Capai Kemajuan Lebih 80%

Projek ECRL yang merentasi empat negeri telah mencapai kemajuan keseluruhan sebanyak 82.45 peratus sehingga April 2025.

06-05-2025
Berita Auto

Toyota GR86 Cup Car Kini Dijual Di Malaysia – Hanya Ada 30 Unit, Berharga RM208,315

Kesemua unit GR86 Cup Car yang diimport sepenuhnya dari Jepun mematuhi peraturan teknikal yang ditetapkan.

06-05-2025
Berita Auto

Toyota Hilux, Fortuner 'Takluki' Carta Kes Kecurian Tertinggi Tahun 2024

Toyota Hilux merupakan kenderaan paling banyak dicuri di Malaysia bagi tahun 2024, data yang dikongsikan oleh syarikat-syarikat insurans itu didedahkan oleh VTAREC.

06-05-2025
Berita Auto

Cadangan penswastaan Lebuhraya LIKE, KBL Dilaksana Secara Berperingkat

Cadangan penswastaan LIKE dan KBL oleh Ekovest Bhd (Ekovest) akan dilaksanakan secara berperingkat.

06-05-2025