Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lebih 95,000 Saman Langgar Lampu Isyarat Merah Dikeluarkan!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

JSPT.png


Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri (Foto: Bernama)


Bukan sekali tetapi berkali-kali sudah kita dengar tentang kemalangan yang berlaku kerana kedegilan untuk mematuhi lampu isyarat. Namun, masih ramai yang tidak sedar mengenai bahayanya kesalahan ini sehingga dilaporkan bahawa hampir 100,000 saman telah dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya di seluruh negara atas kesalahan tersebut. 


Dalam tempoh hanya 11 bulan iaitu dari Januari hingga November lalu, sejumlah 95,298 saman melanggar lampu merah dikeluarkan.


Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, pemandu kereta mencatat jumlah saman tertinggi sebanyak 44,889 kes, diikuti oleh penunggang motosikal dengan 39,468 saman. Pemandu lori pula merekodkan 3,937 saman, manakala kenderaan lain mencatat 7,004 saman.


Baca: [VIDEO] Ngeri! 'Superman' Langgar Lampu Merah, Maut Di Lokasi


Pelanggaran Undang-Undang yang Serius


JSPT-Summon-Ekor-(3).jpg


Mohd Yusri menekankan bahawa kesalahan melanggar lampu isyarat merah adalah satu pelanggaran undang-undang yang serius. 


Penguatkuasaan dan Pemantauan Dipertingkatkan


lampu-merah.jpg


Langkah penguatkuasaan akan diperhebat melalui pemantauan di lokasi-lokasi strategik yang dikenal pasti. Kamera litar tertutup (CCTV) di persimpangan utama turut akan dinaik taraf bagi memastikan pesalah undang-undang dapat dikesan dengan pantas.


Kerjasama dengan Agensi Lain


JSPT turut bekerjasama dengan agensi kerajaan termasuk pihak berkuasa tempatan untuk menguatkuasakan tindakan berdasarkan Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kerjasama ini bertujuan memastikan tindakan tegas diambil terhadap pelaku kesalahan.


Sumber: Bernama


Tag:

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT)
Langgar Lampu Isyarat
Langgar Lampu Merah
Saman 2024
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Alat Penukar Nombor Plat  Dijual Secara Online,Jangan Guna, Boleh Dipenjara 1 Tahun Atau Denda RM5,000

Alat Penukar Nombor Plat Dijual Secara Online,Jangan Guna, Boleh Dipenjara 1 Tahun Atau Denda RM5,000

Muncul pula satu alat canggih yang mampu menyamarkan nombor pendaftaran kenderaan hanya dengan satu sentuhan butang

17-09-2025
Berita Auto
Himpunan RXZ Members 7.0: 5 Maut Akibat Kemalangan

Himpunan RXZ Members 7.0: 5 Maut Akibat Kemalangan

JSPT Bukit Aman mengesahkan lima kematian direkodkan akibat kemalangan ekoran himpunan RXZ Members 7.0 yang berlangsung di Gong Badak, Kuala Nerus Terengganu, pada Sabtu lalu.

26-08-2025
Berita Auto
Diharamkan: Penunggang Basikal Dilarang Guna Lebuh Raya, Tetapi Ada Sebabnya

Diharamkan: Penunggang Basikal Dilarang Guna Lebuh Raya, Tetapi Ada Sebabnya

Individu yang bersalah boleh didenda antara RM1,000 hingga RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi 12 bulan.

11-07-2025
Berita Auto
Aidiladha: 17 Maut, Nahas Jalan Raya Melonjak

Aidiladha: 17 Maut, Nahas Jalan Raya Melonjak

Kira-kira 17 kematian daripada 1,413 kes kemalangan di rekodkan di seluruh negara pada hari kedua Aidiladha semalam.

09-06-2025
Berita Auto
Singapura Paling Banyak Tak Bayar Saman Trafik Sejak 2022!

Singapura Paling Banyak Tak Bayar Saman Trafik Sejak 2022!

Pemandu dari Singapura paling culas bayar saman trafik.

04-03-2025
Berita Auto
OP Selamat 23: Polis Tumpu 6 Kesalahan

OP Selamat 23: Polis Tumpu 6 Kesalahan

Operasi ini akan dijalankan bermula 28 Januari hingga 2 Februari ini.

17-01-2025
Berita Auto
Dalam 6 Tahun, Lebih 1,400 Kematian Akibat Kemalangan Lori

Dalam 6 Tahun, Lebih 1,400 Kematian Akibat Kemalangan Lori

Sebanyak 1,457 kematian dicatatkan dalam 3,500 kemalangan membabitkan lori di seluruh negara sejak Januari 2019 hingga November lepas.

29-12-2024
Berita Auto
Polis Pasir Mas Tawar Diskaun Saman Trafik, Bermula 25 Nov Ini

Polis Pasir Mas Tawar Diskaun Saman Trafik, Bermula 25 Nov Ini

Warga Kelantan jangan lepaskan peluang untuk membayar saman tertunggak,

19-11-2024

Berita Terkini

Berita Auto
2.3 Juta Rakyat Tidak Perbaharui Lesen Memandu Lebih 3 Tahun

2.3 Juta Rakyat Tidak Perbaharui Lesen Memandu Lebih 3 Tahun

JPJ mendapati 2.3 juta pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) berada dalam status tidak aktif.

21-09-2025
Berita Auto
Esok Dah Mula Sekolah: Lebuhraya Utama "Tenang", Tiada Kesesakan Teruk

Esok Dah Mula Sekolah: Lebuhraya Utama "Tenang", Tiada Kesesakan Teruk

Memandangkan sesi persekolahan bermula esok, namun aliran trafik di semua lebuh raya utama di seluruh negara dilaporkan lancar setakat 9.30 pagi ini.

21-09-2025
Berita Auto
Penumpang Putus Kepala, Kemalangan Ngeri Di Kulai

Penumpang Putus Kepala, Kemalangan Ngeri Di Kulai

Seorang lelaki putus kepala apabila kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan di Taman Permata Impian, Jalan Felda Taib Andak, Kulai.

21-09-2025
Berita Auto
10 Jalan Di KL Ditutup Sebab Acara Larian

10 Jalan Di KL Ditutup Sebab Acara Larian

Sebanyak 10 jalan sekitar ibu kota ditutup, hari ini, untuk memberi laluan kepada penganjuran acara larian 'Malaysia Sarong Music Run 2025 (MSMR) - Road to Visit Malaysia 2026'sempena sambutan Hari Malaysia 2025.

20-09-2025
Berita Auto
TQ Wuling Bingo Dipasang Secara Tempatan Bermula Disember 2025

TQ Wuling Bingo Dipasang Secara Tempatan Bermula Disember 2025

Wuling Automobile (SGMW) dari China bakal memulakan pemasangan tempatan (CKD) model EV pertamanya di Malaysia, iaitu TQ Wuling Bingo pada Disember ini.

20-09-2025
Berita Auto
GAC EMKOO Terima Penarafan ‘5-Bintang’ ASEAN NCAP

GAC EMKOO Terima Penarafan ‘5-Bintang’ ASEAN NCAP

GAC Emkoo yang bakal dilancarkan tidak lama lagi dilaporkan menerima penarafan keselamatan 5-bintang ASEAN NCAP, baru-baru ini.

19-09-2025
Berita Auto
Subsidi Bersasar RON95: Alat Khas Diguna Untuk Kenal Pasti Layak Atau Tidak

Subsidi Bersasar RON95: Alat Khas Diguna Untuk Kenal Pasti Layak Atau Tidak

Tular pula satu alat baharu untuk mengenal pasti kelayakan pengguna memperolehi subsidi bersasar petrol RON95.

19-09-2025
Berita Auto
Subsidi Bersasar RON 95 Dilaksana Hujung Bulan Ini, Pastikan Cip MyKad Berfungsi

Subsidi Bersasar RON 95 Dilaksana Hujung Bulan Ini, Pastikan Cip MyKad Berfungsi

Anda dinasihatkan segera menggantikan cip MyKad yang baharu kerana subsidi bersasar RON95 akan dilaksanakan hujung bulan ini.

19-09-2025