Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

MoT Teruskan Subsidi Tiket Penerbangan Ke Sabah, Sarawak dan Labuan Sehingga 2025

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kementerian Pengangkutan (MoT) akan meneruskan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan sehala bagi laluan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah, Sarawak serta Labuan sempena musim perayaan utama bagi 2024 dan 2025.

MoT berkata, bantuan itu adalah bagi perayaan Krismas tahun ini, manakala untuk tahun depan pula sambutan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri, Kaamatan dan Gawai serta Krismas.

"Pelaksanaan inisiatif ini akan ditambah baik dengan pemberian subsidi harga tiket penerbangan sehala kepada setiap penumpang bagi laluan domestik yang menghubungkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah, Sarawak dan Labuan untuk tiket yang berharga lebih RM499.

"Harga ini tidak termasuk cukai dan fi. Penetapan harga maksimum RM499 ini adalah penurunan harga ambang ditetapkan sebelum ini, iaitu RM599," katanya dalam satu kenyataan semalam.

image.png

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, kenyataan itu berkata, kerajaan akan membayar perbezaan harga antara harga asal tiket penerbangan dengan harga maksimum berkenaan.

Berikut adalah jadual penetapan tarikh pelaksanaan tambang maksimum sempena musim perayaan tahun 2024 dan 2025:

Screenshot-2024-12-06-135511.png

Bagaimanapun, penetapan harga tambang tetap akan dilaksanakan bermula jam 00.01 pada 6 Disember ini dan orang ramai boleh membeli tiket melalui laman sesawang syarikat-syarikat penerbangan mulai tarikh itu.

Antara terma dan syarat tiket ialah perubahan tarikh atau pertukaran penerbangan tidak dibenarkan dan hanya sah untuk tarikh atau penerbangan yang ditunjukkan pada tiket, selain tiada pertukaran nama dibenarkan dan tiket penerbangan yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan.


Gallery

Tag:

musim perayaan
Kementerian Pengangkutan (MOT)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kerajaan Lanjut Inisiatif Kadar Tambang RM499 Untuk Musim Perayaan

Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan pemberian subsidi bagi menjayakan inisiatif kadar tambang penerbangan maksimum sebanyak RM499 pada musim perayaan

03-12-2024
EV

BYD Pinjamkan 5 Model EV Kepada MOT Selama 6 Bulan

BYD Sime Motors telah menjalinkan kerjasama strategik bersama Kementerian Pengangkutan (MOT) menerusi program ‘Jom Pandu BYD Bersama MOT’.

23-04-2025
Berita Auto

JPJ Kini Berhak Sekat Pembaharuan Lesen Jika Ada Saman Belum Selesai

Kementerian Pengangkutan mengesahkan bahawa JPJ mempunyai kuasa untuk menyekat pembaharuan LMM dan LKM.

27-02-2025
Berita Auto

3 Syarikat Baharu Bakal Beri Saingan Hebat Kepada Puspakom – Harga Kompetitif

Tiga syarikat baharu yang menawarkan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor setuju menawarkan harga yang kompetitif.

10-02-2025
Berita Auto

Isu Kelewatan Aerotrain KLIA Tiada ‘Kena Mengena’ Dengan MOT

Kementerian Pengangkutan tiada kaitan dengan projek penggantian Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), jelas menterinya, Anthony Loke.

06-02-2025
Berita Auto

Tidak Boleh Guna Tayar Celup Yang Tak Patuhi Standard Mandatori! Sebab Bahaya

Isu tayar kitar semula bukan perkara baharu kerana ramai pengguna jalan raya di negara ini lebih mementingkan soal kos, berbanding nyawa diri sendiri.

13-12-2024
Berita Auto

Pusat Latihan Memandu Bertingkat? Masih Dalam Kajian, - MoT

MOT sedang mengkaji cadangan mewujudkan pusat latihan memandu bertingkat.

10-12-2024
Berita Auto

Penggunaan Cukai Jalan Digital Akan Diteruskan!

Tiada sebarang kajian semula akan dilakukan mengenai cukai jalan digital.

23-10-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Gambar Intipan Tersebar, Butiran Proton Saga MC3 2025 Bocor Di Media Sosial

Butiran mengenai Proton Saga 2025 yang turut digelar sebagai Proton Saga generasi baharu MC3 telah pun bocor di media sosial sejak beberapa hari lalu.

06-08-2025
Berita Auto

Kapal BYD Zhengzhou Sudah Tiba Di Malaysia, Bawa Kereta Siap Dipasang Dari China

BYD Malaysia dan Sime Motors yang merupakan pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia mengesahkan ketibaan kapal pengangkut BYD dari Zhengzhou ke Pelabuhan Klang, Selangor, semalam.

06-08-2025
Berita Auto

Harga Minyak Naik, Diesel Lebih Mahal Bermula 7 Ogos

Pengumuman harga minyak terkini Malaysia bermula 7 Ogos 2025.

06-08-2025
Berita Auto

Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) Tidak Jejaskan Kewangan

Pelaksanaan sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) tidak akan membabitkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.

06-08-2025
Berita Auto

MG Cyberster No 1 Di Asia & Oceania, Sebab Gaya Mengancam?

MG Cyberster menduduki tempat pertama kerana ia merupakan model paling laris di Asia dan Oceania.

06-08-2025
Berita Auto

PALSU: Tular Pula Lesen Kopi-O, Guna Gambar Menteri Pengangkutan

Iklan menggunakan gambar Menteri Pengangkutan, bertujuan memancing keyakinan orang ramai.

06-08-2025
Berita Auto

Imej Teaser Tersiar, Maknanya Jaecoo J5, Omoda C9 Bakal Dilancar Tak Lama Lagi!

Omoda & Jaecoo (O&J) Malaysia baru sahaja menyiarkan imej teaser dua model terbaharunya, Jaecoo J5 dan Omoda C9 PHEV yang dikatakan bakal menggoyahkan pasaran SUV tidak lama lagi.

06-08-2025
Berita Auto

Perodua Aruz Kini Ada Warna Baharu, Vintage Brown, Jangan Risau, Harga Aruz Masih Kekal!

Walaupun menerima warna baharu, namun tiada perubahan spesifikasi untuk Aruz.

05-08-2025