Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

TM, PERODUA Bekerjasama Pacu Transformasi Automotif

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.pngTM-Perodua-MOU_1.jpg

TM memeterai kerjasama strategik dengan Perodua dalam memajukan pembangunan kenderaan elektrik (EV), inovasi digital, dan pertumbuhan lestari.

Langkah itu diambil sejajar dengan visi Malaysia untuk mewujudkan sektor automotif bernilai tinggi dan berdaya saing di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

TM, melalui TM One, cabang perniagaann untuk sektor perusahaan dan kerajaan, berhasrat menaik taraf infrastruktur Perodua dengan menyediakan sambungan tetap dan tanpa wayar, termasuk penyelesaian SD-WAN untuk rangkaian pengedar, rangkaian 5G persendirian untuk aplikasi automotif, dan teknologi pembuatan pintar untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran.

Selain itu, TM dan Perodua akan bekerjasama memperluas capaian pasaran dan meningkatkan keterlihatan jenama melalui produk bersama dan strategi inovatif ke pasaran.

image.pngimage.png

Ini termasuk sistem infotainmen khusus, penyelesaian pemetaan pintar, dan pemasaran bersama menggunakan alat digital untuk menarik segmen pelanggan baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Amar Huzaimi Md. Deris berkata,  hasil kerjasama itu mencerminkan komitmen TM dalam memacu transformasi digital dalam industri automotif,.

“Dengan menyediakan sambungan berkelajuan tinggi yang selamat dan penyelesaian digital yang boleh diskala, kerjasama ini akan menyokong misi Perodua untuk inovasi dan pertumbuhan yang lebih besar, sekaligus membuka jalan kepada masa depan industri automotif,” katanya.

image.png

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, kerjasama ini menonjolkan matlamat Perodua untuk memodenkan industri automotif, memperkukuh operasi, dan menetapkan  standard bagi keterhubungan digital dalam industri.

“Kerjasama ini merangkumi pelbagai aspek yang akan memberi manfaat kepada pelanggan kami serta menghasilkan kesanlimpahan kepada industri digital dan automotif negara,” katanya.


Gallery

Tag:

TM
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Dua Kakitangan TM Panik, Kereta Hampir Masuk Gaung

Dua kakitangan TM berdepan detik cemas apabila kereta yang dinaiki mereka hampir terjunam ke dalam gaung.

09-12-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026